MENANG DUIT RAYA TANGKAP PAGEVIEW BLOG AMIE'S LITTLE KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

APABILA Blogger Amie's Little Kitchen  menganjurkan Peraduan Tangkap Pageview 20 Juta di blognya dua hari lepas, Sk sangat teruja dan cepat-cepat buka blog Amie di lappy. Sebabnya, bila buka di handphone tidak nampak paparannya. Lepas tu baru perasan pilihan buka blog dalam bentuk pc, cepat-cepat klik situ. 

Iman yang masuk ke bilik Sk hendak bertanyakan sesuatu terus pelik kenapa mak dia nampak kelam kabut. Terus Sk cerita, ingat tak Auntie Amie yang bagi kita gelang dan brooch tu buat peraduan captured pv 20 Juta, siapa dapat nanti menang RM50. 

"Hah.. nak nak nak.. mana.. mana link blog auntie tu," Hahaha.. sejak kena balik rumah buat kelas online, Iman dah kena potong elaun. RM50 tentunya jumlah yang besar bagi Iman. Bagi Sk pulak, RM50 boleh isi minyak kereta untuk seminggu kerja Ahad hingga Khamis 🤩

Dan bak kata, Mak Cella, kami dua beranak mula memasang pukat la... Dua hari memukat sehinggalah semalam tengahari, Sk mengagak-agak, pukat perlu ditarik menjelang petang.. tapi... kesibukan mengerjakan ketam yang hendak dimasak untuk makan malam membuat Sk terlupa sehinggalah terdengar jeritan Iman..


Kita dah terlepas banyakkk, terdengar nada kecewa dari Iman. Hati siapa yang tak kecewa oi.. bukan sa sa tapi dah 589 terlebihnya. Sengaja Sk email tangkapan pageview tersebut kepada Amie sebagai bukti sokongan atas peraduan yang dianjurkan. Memang sejak kenal blog Amie, setiap hari mesti nak singgah cuci mata dan membaca coretan Amie. Paling suka jika Amie cerita tentang budaya masyarakat Cocos di sebelah mertuanya. Pernah juga dilanda kebimbangan bila lama Amie menyepi kerana tidak sihat.

Amie membalas email, tunggu keputusan pemenangnya akan diumumkan nanti. Haaa.. nak tahu jugak siapa yang menang.. jangan-jangan Mak Cella tak? Hahhhh.. betul rupanya, bila pagi-pagi nampak entry beliau umum menang duit raya.  Lepas komen ucap tahniah Sk terus masuk blog Amie.. aaaa.. macam tak percaya tangkapan angka 20,000589 oleh Iman diambil kira oleh Amie sebagai hadiah saguhati. Rupanya jumlah keseluruhan wang yang ditawarkan bukan sikit-sikit tapi ratuih-ratuih dan bukan untuk pemenang yang dapat tangkap angka 20,000,000 jer.


Memang dari awal niatnya, kalau Iman dapat tangkap angka 20,000,000 Sk akan bagi hadiahnya bulat-bulat pada Iman. Dan, bila Amie umumkan Sk menang RM50 dan meminta nombor akaun, selayaknyalah memang kena bagi Iman 😍 Bukan main sukalah Iman bila dihulur RM50. Dia punya gelak, tiga lorong boleh dengar.

Lepas tu dia asyik cakap, baiknya auntie tu, mesti dia kaya kan bonda.. asyik diulang-ulang.. Ya nak, mari kita doakan agar Auntie Amie sekeluarga terus kaya dan makmur kehidupannya, diberi kesihatan yang baik, panjang umur, bahagia dan sejahtera selalu.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Tahniah juga kepada rakan blogger lain yang berjaya dapat wang besar dari Amie
🥰



Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah,kalau dapat video call sesama kita @ buat GM sesama pemburu 20 juta pageview tu pasti gempak.Macam2 peel kan.Meriah betul.Jom sama2 kirimkan doa untuk Cikgu Amie di malam jumaat ni kerana bekiau banyak menceriakan pemmbancanya

    ReplyDelete
  2. Dua kali kita baca entri ni tak tinggal satu perkataan pun. Terasa berada bersama-sama keriuhan memasang dan menarik pukat! Terima kasih banyak atas sokongan anak beranak sama macam Mama Cella dan Adah. Aamiin ya Rabbal Alamin... terima kasih atas doa nak Iman dan bondanya SK. Mudah-mudahan Allah terus kurniakan kita kaya kesihatan, kaya kegembiraan dan kaya dengankemurahan hati.

    ReplyDelete
  3. Haha terbyg camne kecohnya dua banak ni dok gigih nak capture 20 juta tu ye 😁 pape pun tahniah SK.. Eh silap tahniah Iman hahhaha... Pasni capture nombor lain plak 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..berhasil pasang pukat. Rezeki juga untuk Iman. Tahniah kak :)

    ReplyDelete
  6. Syukur hasil lumayan pasang pukat ye..SA lagi best..masa tu terlelap...geram betul rasanya...

    ReplyDelete
  7. Seronok iman dapat duit raya dari kak amie hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!