Assalamualaikum...
HARI ini berseorangan di rumah. Iman dah dapat jadual giliran bercuti dan minggu ini dia akan bercuti pada hari ahad. Bila seorang-seorang di rumah ni, dapatlah kita berehat, makan apa yang ada. Apo, berehat???? Jangan mimpi 😅. Dari celik biji mata dok capai itu capai ini. Hari ni kena all-out sebab esok nak berjalan. Ke mana kita? Tungguuuuu 😜
Di kawasan taman perumahan Sk, di sebelah hadapan dan belakang sedang giat dibuka kedai-kedai baru. Masa mula tinggal di sini dari mula berkahwin, ada orang cakap, tempat jin bertendang. Apapun tak ada termasuklah stesyen minyak. Kedai runcit pun kedai runcit lama, kira macam pekan la gitu. Sebab tu kalau nak shopping, kami memang terpaksa keluar jauh, dia punya jauh tu, pergi balik dah boleh sampai Melaka tau, hahaha.
Jadinya, sekarang ni, kami dalam fasa mencuba makan di restoran-restoran yang berdekatan kerana tak mahu buang masa di jalanan. Semalam, kali kedua kami ke restoran ini. Eh, yang kali pertama tu, tak cerita pun ek. Haaa.. memang tak cerita sebab tak ada cerita. Kedai belum buka, katanya. Jadi, malam tadi percubaan kali kedua... Jeng jeng jeng!
Cantik dan anggun dekorasi dalaman restoran ini sesuai dengan namanya Rose. Rose Beriani, tentulah beriani menjadi menu utama di restoran yang dibuka dari 10 pagi sampai 10 malam, kan. Kena pastikan, bila pelanggan datang pukul 10 pagi, beriani dah siap dimasak. Kalau jam 8 malam, beriani habis, sila letak notis, beriani habis. Janganlah kau masih buka kedai dan memberi pelanggan harapan palsu.
Dahlah mahu sepuluh minit jugak baru dihantar menu dan nota pesanan. Beriya la dak Iman tulis Beriani Ayam, beriani kambing, bandung soda semua, kemudian masa hantar pesanan ko kata, beriani habis???? Ini bukan soal tak ada rezeki, kenapa dari mula hantar menu tak cakap, tapi boleh tunjuk, yang ni beriani (sambil jari tunjuk menu beriani).
Masalahnya lagi, di papan tanda kedai tu, tulis Restoran Rose Beriani. Baiklah ko tulis Restoran Rose aje.
😡😡😡
geram tul jika x dilayan dgn segera bila kita masuk restoran. jika servis lembab mcm ni memang patutlah kena viral..
ReplyDeleteKalay anak akak dia sound direct...ni nak meniaga ke apa...
ReplyDeleteKalau mak nya..blah sambil berazam takkan dtg lg..
alahai siannya.. semoga tk akan berlaku kes mcmni lagi
ReplyDeletetempat menarik di kota kinabalu
telekung
Harapan palsu! Adoi!
ReplyDeleteMesti sedap sampai takde beriani tinggal.
ReplyDeleteWak kalau ada nasi beriani tapi takde kambing pun marah.
ReplyDeleteibarat ke KFC tak ada ayam...ke McD tak ada burger ..hahaha
ReplyDeleteYakpa pasni nak holiday,kasi ceria semula