MAKAN PETANG DI DATARAN TANJUNG EMAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

SETIAP kali ke Muar, Medan Selera Dataran Tanjung Emas merupakan destinasi JJCM yang wajib bagi Sk sekeluarga. Tak kisahlah sama ada sekadar singgah ketika melalui bandar Muo selepas balik dari Melaka, atau setiap kali bermalam di Muar, wajiblah ke sini makan Rojak Petis dan minum Ais Kacang. Cuma, kadang-kadang, walaupun dah ambil gambar tapi malas nak buat entri, hehehe. Lepas tu, delete jer gambar, hahaha.


Lepas dapat masuk bilik hotel (bab hotel nanti cerita), petang tu masing-masing melayan mata dan perut kenyang selepas makan di Asam Pedas Kilat. Sk sendiri sempatlah buat entri baharu sambil blogwalking. Tapi, peliklah, masa tu, ada blog kengkawan yang Sk tak dapat tinggalkan komen dan terpaksa tukar kepada website version barulah boleh meninggalkan komen. Tapi kali ni, bila buka di desktop (website version), dia jadi terbalik pulak, tak boleh nak taip komen. Ruang taip komen tu tak ada.

Berbalik cerita JJCM di DTE, biasanya kami akan buat pesanan makanan yang ringkas sahaja seperti rojak dan Yong Taufu. Ada banyak gerai yang menjual rojak di sini dan jika di Johor ni, rojak petis antara yang popular. Rojak petis biasanya menggunakan sayur-sayuran dan dimasukkan tauhu. Kuahnya dibuat dari kicap, gula, garam dan otak udang (petis) serta cili. Kalau nak pedas, banyaklah cilinya atau ada juga yang pecahkan cili padi. Tu, kalau tergigit, ya ampunnnn. Antara sayuran yang digunakan adalah kangkung, taugeh, timun dan sengkuang serta sedikit potongan buah nanas. Hidangan rojak petis akan ditaburkan kacang tanah tumbuk, lagi banyak lagi mantap.


Walaupun petang tu hujan, ABC atau Ais Kacang menjadi pilihan Sk dan Pak Inche. Iman pula pilih Laicikang sejuk. Ais kacangnya biasa-biasa aje, tak se-power ais kacang Kampung Melayu (Johor Bahru) atau Ais Kacang Bomba Larkin. Tapi, Sk lebih menggemari ais kacang di Padang Brown.


Kali ni, terajin la pulak nak pesan sepinggan Mee Bandung. Tahulah kalau medan selera ni, kenalah menjelajah dari satu gerai ke satu gerai. Selalu memang tak rajin, semua pesanan, Pak Inche yang pergi buat. Pak Inche pulak, kat mana duduk, kat situlah dia pesan, jenis malas jugak. Ni sebab dah teringin, terpaksalah bangun pesan sendiri.

Sebab nak makan sangat, kerana kecewa hari tu datang Muar, tak dapat makan Mee Bandung Muar. Jadi, kali ni, mesti nak makan. Sedapnya mee bandung dia. Sk suka mee bandung yang asli dan tidak melebih-lebih yang cuma dimasukkan hirisan daging serta telur sebiji. Sekarang ni, selalu ditularkan mee bandung yang ada macam-macam haiwan, hilang rasa asli kuah mee bandung tu. Tapi, ikutlah selera masing-masing, kan, janganlah pulak, orang lain yang masak, ko yang panas, Sk... hahahaha.

Lepas makan, tak tahu nak ke mana, hujan kan.. hurmmm.. sambung lepak la kat hotel, hehehe.


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. selamat hari raya dear. bestnya makan mee bandung lah. minum lencikang lah. seronok ek.

    ReplyDelete
  2. nak nangis rasa tgk mee bandung tu... sini x jumpa mee bandung yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim, try order rempah mee bandung Mak Pon, mana tahu, kena dgn selera.

      Delete
  3. Adik SA kan duk Muo...dah 3 tahun kami x kesana..ntah bila nak pi...anak dara dah kerja...cuti pun Isnin je..susah la nak berjalan

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera
    kat muo bolehlah cari sarapan satay

    ReplyDelete
  5. Boleh la masuk dalam list nihhh. Hihihi. Ssh nak jumpa mee bandung yg sedap sekarang ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!