Assalamualaikum WBT
JUMAAT, penerbangan Angah dengan menaiki pesawat Mas sampai di KLIA sejam awal dari jadual. Walaupun Angah dah bayar pakej termasuk pengangkutan pulang ke Tanah Jauhar dengan bas persiaran di bawah agensi yang Angah ambil (Tiram Travel), Angah bertukar fikiran sebelum berangkat hari tu, minta agar Cikwa jemput di KLIA. Malam tu, Angah jemput semua datang ke Senai, Angah nak jamu dengan Nasi Arab sempena kepulangannya dari negara Arab, hehehehe.
Nasi Arab Lamb Shank. Selain tu ada juga Nasi Mandi Kambing dan Ayam Panggang.
Set Kebab, Kambing dan Roti Pita.
Tapi semua ni bukanlah tapau dari negara Arab sana, hahaha. Angah ajak Cikwa tapau dari Restoran Saba yang femes kat Putrajaya tuuuuu.
Kurma muda ni betul dari Mekah. Ilham siap cuci dulu sebelum nak makan, hehehe. Jeika kata pahit, istilah yang betulnya, kelat.
Semua worang pompuan dapat sorang satu gelang Mekah. Selain tu makanlah puas-puas halwa, kurma, kismis dan kekacang dari sana.
The Girls.. memasing melaram dengan jubah dan unta dari Mekah.
seronok masing masing dapat ole-ole dan barakah dari bumi barakah
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat ole2 dari tanah suci
Alhamdulillah selamat kembali dah Angah...
ReplyDeleteKurma muda tu simpan dlm peti ais, 2-3 nanti dia masak, sedap SK 👍 PH gi Mekah dulu sampai ketagih kurma ni hihi...
alhamdulillah Angah dh kembali dari Tanah Suci...seronok dpt ole2 tu....menu nasi arab pn sedap
ReplyDeleteBestnya masing- masing dapat ole- ole dari Mekah...syukur Angah selamat pulang...
ReplyDelete