Assalamualaikum WBT
SELALU.. lalu menghala ke Menara Taming Sari dengan menaiki kereta, kali ini kami berjalan kaki. Tak sangka, banyak betul restoran asam pedas, berderet pun ada, tapi setiap corner lot tu memang restoran asam pedas. Tapi, walaupun banyak pilihan, Pak Inche lebih awal memilih untuk ke Restoran Asam Pedas Lauk Kampung ni, tak mahu yang lain. RAPLK ni cuma mengambil sebuah lot kedai tapi mempunyai ruang makan berhawa dingin di bahagian atas. Kami memilih ruangan bawah, mujur ada meja kosong, cepat-cepat suruh Iman duduk sementara Sk dan PI memilih lauk.
Harga makanan dan minuman dipaparkan dengan jelas di atas kaunter lauk ni jadi tak timbul soal tipu harga. Tapi tu la.. bila tengok lauk pelbagai jenis depan mata, memang tak pandang la harga kat atas tu, rambang mata dibuatnya, hahaha.
Selain asam pedas, terdapat juga pilihan masak lemak cili api ketam dan udang galah. Udang galah tu tiga ekor namploh hengget.
Haaaa... nampak tak tu, macam-macam jenis masakan asam pedas ada. Asam pedas ikan pari jer ada dua tiga tray. Ni agak-agak berapa kilogram sehari guna lada kering ya?
Setelah berhempas-pulas memilih lauk, ini la yang terpilih. Susah nak pilih sebab orang ramai dan ruangan tu jugak agak sempit. Pelanggan masuk pun lalu situ, nak keluar pun lalu situ, nak pilih lauk pun lalu situ.
Tapi, mungkin boleh jugak rasanya kita pesan aje lauk dari meja, nanti ada staf hantar.
Asam Pedas Ikan Pari tentulah jadi pilihan, memang ikan tu jer la PI makan selain siakap dan ikan merah. Dua beranak ni tak makan asam pedas ikan kembung.
Pari lagi! Kuah asam pedas sedap, tak begitu pedas, licin sampai ke titisan terakhir.
Sayur campur, kacang panjang dan kubis.
Tauge goreng dengan kucai dan tauhu.
Ambil udang goreng sepinggan, ni memang dia dah ceduk siap-siap.
Ulam dan sambal belacan untuk penggemarnya.
Staf datang mencatat jumlah nasi, jenis lauk dan minuman (dicatat di belakang kertas).
Lepas makan, bawa kertas tadi ke kaunter bayaran. Udang tu jer la bagi Sk agak mahal, goreng kunyit aje pun. Harga asam pedas berbaloi la sebab masakannya sedap, ikan pun potong besar.
terkejut tengok harga udang goreng dia...huhuhu
ReplyDeleteRambang mata nak memilih tu banyak sangat lauk pauk.
ReplyDeleteWah, berderet2 lauk kat sini. Mesti susah nak pilih lauk apa nak cuba. Udang goreng tu mcm mahal sikit kan? Tapi kalau sedap berbaloi la.
ReplyDeleteUih boleh tahan harganya ye kak... ni kalau bawak family ramai ambil lah lauk banyak terkejut gak. Asam pedas tu untuk makan sorang ke 3 orang kak rm30 tu? Tp syok nengok lauk memacam tu geram
ReplyDelete