Assalamualaikum WBT
ADA sekali fyp di Tik Tok, POV-nya, negeri-negeri menarik untuk dilawati di Malaysia. Ofkoslah negeri Melaka akan tersenarai. Kemudian ada satu komen ni dari orang Melaka, dia tanya, kenapa rakyat Malaysia suka sangat datang Melaka? Haruslah dikkk, Melaka Bandaraya Bersejarah, melawat Melaka bererti melawat Malaysia, bukan orang dari Melaka ke sendiri yang cakap pasal ni dan mengajak kami datang ke Melaka, hehehehe. Sk tak ingatlah sama ada Sk pernah ke Melaka masa kecik-kecik dulu tapi Sk pernah ke KL, rumah arwah Pak Itam. Kalau nak pergi KL mestilah lalu Melaka, kan. Cuma tak ingatlah singgah ke tidak negeri Melaka masa tu, hihihi.
Itinerari hari pertama yang telah disusun oleh Pak Inche kita turutkan. Pukul 6.30 petang kami ke Dataran Pengkalan Rama yang terletak bersebelahan Sungai Melaka. Ada tarikan baharu di sini iaitu Windmill Pink Market dan Floating Market. Dekat jer dengan hotel, tak sampai 10 minit.
Melaka ni memang tak pernah jemu datang. Tapi tulah nak kena datang waktu tak cuti, kurang sikit orangnya. Tak tahulah sampai bila floating market tu boleh bertahan. Macam kurang menarik sikit kan. Risau juga kalau platform tu tinggi. Tak Melaka lah kalau tak makan asam pedas, kuih keria tu. Alahaii..putus selera kalau roti canainya keras susah nak koyak. Adunan tepung tak ok kot. Ha ah kan risau kalau ada pertunjukan tu tiba tiba roti terbang jatuh atas kepala. Nayaaa...
ReplyDeleteLaparlah baca entry SK kali ni :p
ReplyDeleteRasanya Ammi Sheila pun baru datang floating market ni...
PH pulak teringin nak tengok roti canai terbang, dok tengok dlm TV je, live tak pernah
kak ana pun suka jenjalan Melaka dan makan-makan , last pii bulan Julai lepas rasanya tapi time cuti panjang memang tak berani nak masuk jemmed laa kan hehe :)
ReplyDeleteBaca entry SK ni macam banyak je tempat makan best. Kiteorang pegi hari tu hmm... asam pedas pun tak berapa nak umph. Lain kali ke Melaka boleh la refer tempat makan sedap di Melaka kat blog SK.
ReplyDeleteTeringat rombongan sekolah rendah jaman 60 an dulu,
ReplyDeleteMelakalah tempat pertama yang dilawati
walau situ sini penuh sesak,orang memang tak pernah serik nak datang melaka
ReplyDelete