Assalamualaikum WBT
PLAN nak masak Ketam Lemak Cili Padi semalam, menjadik jugak. Ialah, kan semalam panas, risau balik tu dah tak larat nak masak, hahaha. Tapi, masa perjalanan balik tu tak panas dan tak jammed sangat, pun.. siap hujan turun rintik-rintik. Cuma jammed masa nak turun dari jejambat Perling masuk ke Jalan Skudai. Sk singgah kedai sekejap, Pak Inche pesan beli Sayur Pak Choy. Sampai rumah, Iman dah siap masak nasi. PI dah siap siang dan cuci ketam.
Masak lemak stail nogori, cuma guna kunyit hidup dan cili padi. Tak rajin nak menumbuk guna lesung batu, kita kisar guna chopper jer la. Selain dari dua bahan tu, Sk campak juga sebatang serai diketuk dan daun limau purut. Ketamnya tiga ekor dan tak besar sangat pun, belah dua. Sk macam selalu, la.. makan seketul aje, PI makan dua ketul, Iman makan seketul jugak, baki dua ketul dia kata nak buat lauk lunch hari ni.
Walau ketam tak besar sangat tapi telurnya banyak jugak tu. Gaul garam kunyit sikit, kemudian goreng atas kuali kecik. Dah kahwin ni baru tahu makan telur ketam goreng kunyit. Dia macam pembuka selera tau, tapi jangan campur dengan kuah, hilang nanti feel dia, hehehe.
Mintak PI gorengkan Sayur Pak Choy sebab dia yang nak ada sayur, kan. Lepas tu dia bising SK dan Iman tak makan sayur tu. Iman kata, sayur babah tak kena dengan lauk ketam lemak tu. Memang, kan.. dahlah dia letak sos tiram dan tepung jagung tu banyak sangat, hahaha. Lepas tu ambik mangkuk asal boleh, aje.. pink pun pink la... hahaha.
Panaskan baki Itik Salai Lemak Cili Api yang Sk tapau dari Restoran D Rose Beriani hari tu. Ingatkan nak masuk dalam pressure cooker bagi itiknya empuk sikit tapi tengok sikit no, tak berbaloi nak cuci periuk, hahahaha. Lepas tu belasah aje letak dalam mangkuk pakai buang. Okey, lepas ni tak mahu lagi dah makan itik salai, tobattt!
nasib baik la kat opis...kalau kat rumah ni mau ajak PZ pi cari ketam..lama plak rasanya x makan ketam
ReplyDeletekak ana lama dah tak masak ketam kat rumah ni SK, ada orang alergic seafood tu payah nak masak ketam hehe :)
ReplyDeleteLama juga tak beli ketam...
ReplyDeleteTelur ketam yg warna oren² tu ye SK?
kt umh ni menu ketam jrg sgt ada....tp lastweek MIL masak ketam sweer sour
ReplyDeleteSaya tak pernah goreng telur ketam. Tak pasti kenal ke tak telurnya ðŸ¤ðŸ˜„
ReplyDeleteRumah kita pun macam lama tak makan ketam, teringin pulak rasa ...
ReplyDeleteKombinasi semua nya perfect!
ReplyDeletesedapnye ketam masak cilik padi, tp lecehla nk makan ketam2 nih., huhu
ReplyDeleteKetam asal laut
ReplyDeleteSantan asal darat
Dalam perut bertemu juga
Wahh sodapnya kotam masak lomak cili api..alamak, macam tak pernah pulak makan telur ketam. Dia macam telur ikan jugak ek masak macam tu. Mak saya kadang dia bungkus telur dengan daun pisang dan daun kunyit. Perasakan dengan garam je. Sedap betul!
ReplyDeleteAissh sayang sangat itik nya tak empuk yaa. Saya suka itik, tp kalo keras memang effort sangat nak makan 🤣. Kalo cuma segitu tak payah masuk pressure cooker kak ðŸ¤.
ReplyDeleteKetamnya menggoda pula.. dah lama tak makan ketam dimasak lemak begini
Ketam masak lemak cili api . Marvelous ..
ReplyDelete