MAKAN KENDURI AMIRUL & NORJANAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


DALAM ke-busy-an menukar tayar kereta dan absorber, semalam, syukur dapat memenuhi jemputan Walimatul Urus dari Abang Amin sekeluarga bagi meraikan pasangan pengantin baharu, Amirul, anak Abang Amin yang bertemu jodoh dengan gadis Sarawak,  Norjanah. Abang Amin, suami kepada arwah Kak Sepet, sepupu Sk yang telah kembali ke rahmatullah 9 tahun lepas.




Sedap sangat nasi beriani berlaukkan ayam masak merah, daging beriani, dalca dan pajeri nanas. Ada juga talam cendol, kek marble dan bubur pulut hitam. Paling win daging beriani dia, lembut betul dagingnya.




Penduduk Kangkar Pulai kalau masih mencari tempat buat kenduri yang lengkap dengan pakej katering, bolehlah hubungi Arfa Event House.





Masa kami sampai, Angah dan Cik Ani pun dah habis makan, heheheh.





Sk dan Angah mengapit sepupu, Kak Ticah dan Kak Tijah, adik-beradik Kak Sepet. Mereka ni anak arwah Pak Andak, adik arwah abah. Besar jugak keluarga mereka, dah beranak bercucu dah. Tak sangka cepat betul masa berlalu, masing-masing dah masuk usia emas, heheheh.



Al- Fatihah buat Kak Airani binti Saleh (Kak Sepet).

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai, semoga bahagia berkekalan hingga ke syurga 🤲🏻

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!