Assalamualaikum WBT
DEKAT rumah Sk ni memang selalu simpan stok untuk masak Spaghetti Bolognese atau Carbonara. Tapi, biasanya simpan stok untuk sekali masak aje la, tak boleh simpan banyak-banyak sebab nanti tahu-tahu jer dah luput tarikh. Banyak kali dah konon-konon simpan stok lebih tapi akhirnya bila periksa barang dapur ada yang dah dua tahun rupanya luput tarikh, hahaha. Tu selalunya pes masakan la, macam pes ikan stim la, ketam black pepper la, konon nak masak bila-bila senang dah beli awal, rupanya, nan hado!
Dah seminggu gambar Spaghetti Bolognese ni dalam galeri gambar. Macam selalu, la.. kalau siang tu Pak Inche dah makan nasi, malam dia nak makan selain dari nasi. Rasanya, Sk yang cadang untuk masak spaghetti dan dia terus setuju. Kalau sapghetti, PI memang nak makan dengan sos bolognese, dia kurang gemar la masak aglio olio ke, tomyam spicy ke atau carbonara.. kalau yang menu fushion lagilah dia tak gemar, contohnya kita buat spaghetti dengan kuah masak lemak cili api atau telur masin.
Cara nak masak sos bolognese ni pun Sk belajar dari PI masa awal-awal kahwin dulu. Memang semualah masakan western, PI yang masak di awal-awal dulu sampai cara nak siang pedal ayam pun dah kahwin baru tahu, hahaha. Untuk sos bolognese, Sk memang akan guna sos ready made, yang ni guna sos jenama Prego dalam botol saiz besar tu. Sk tak letak tomato puri sebab tak ada, hehehe. Daging kisar guna jenama Ramly, baru sedap, tekstur daging tu masih terasa. Untuk menumis, Sk guna minyak masak dan mentega jer sebab minyak zaitun habis dan rasa mahal nau nau sekarang harga minyak zaitun, tak jadi beli, hahaha.
Spaghetti Bolognese
1 pek daging kisar jenama Ramly (400 gm)
5 ulas bawang putih, cincang
1 labu bawang besar potong dadu
Sedikit minyak masak
2 sudu mentega / margerin
1 botol besar sos tradisi bolognese jenama Prego
1/3 botol air (masukkan dalam botol sos prego, goncang rata)
Garam
Cara memasak :
1. Panaskan minyak masak dan margerin, kemudian tumis bawang putih.
2. Masukkan daging kisar, kacau dan pastikan daging tidak berketul. Masak hingga daging bertukar warna. Masukkan garam (jangan banyak).
3. Bila daging dah bertukar warna kekelabuan ke kecoklatan ke.. masukkan bawang besar, kacau dan masak sehingga bawang layu.
4. Kemudian masukkan sos tradisi bolognese, kacau sebati, masukkan air 1/3 botol air (masukkan dalam botol sos prego, goncang rata).
5. Biar merenih, tutup api.
Sk guna spaghetti jenama Prego. Bagi Sk ia yang ekonomi dan sedap sebab ada jer spaghetti yang lebih ekonomi tapi kurang kenyal. Rebus spaghetti dalam air yang telah mendidih bersama garam dan minyak masak selama 13 minit kemudian toskan, masukkan mentega secukupnya, gaul hingga rata. Taburkan daun parsley cincang semasa menghidang.
Pembuka selera, Sup Cendawan dalam tin jer ni. Renihkan sup cendawan dalam tin bersama satu tin air, tidak perlu tambah garam.
Bakar roti. Sapu butter dan taburkan daun parsley cincang kemudian masukkan dalam toaster.
Cicah roti dalam mushroom soup.
Rasanya macam lama betul SA x buat Spaghetti Bolognese ni...suka letak beef ball besar2 tu jugak...kasik extra gittew, daging memang kita suka brand Ramly..
ReplyDeleteWak tak pernah makan bendalah ni
ReplyDeleteNyebut namanya pun susah
Sesekali menu spaghetti tukar selera. Terbalik pula dengan husband saya. Dia lebih suka carbonara. Hebatlah Pak Inche ni pandai masak western. Haa tak tahulah nak jawab mana satu penat. Masak atau bersiap² keluar, dua² sama penat. hihi...
ReplyDeleteSpaghetti antara menu kegemaran saya...sebab saya tidak Suka makan mi
ReplyDeleteAmmi ni dulu mmg selalu ada stok tp since kyra dah masuk hostel hmmmm tak perlulah sbb peminat pasta dah takdo. Kalau nak makan baru cari bahan
ReplyDelete