MAKAN DI RESTORAN YX

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SALAM Maulidur Rasul SAW dan selamat bercuti Hari Malaysia. Masih lagi bersiaran di Melaka Bandaraya Bersejarah,  insyaAllah.. tengahari nanti pulang ke Tanah Jauhar.




Sehari sebelum bertolak ke Melaka, kami ke Restoran YX. Lama tak makan di seafood restaurant tepi laut ni. Banyak kali datang teringin nak duduk tepi buai ni, kali ni, yey! Yang best malam tu tenang aje, tak ada riuh budak berlari macam selalu sampai bergegar lantai dibuatnya, hehehe.




Pesan 6 ekor Udang Harimau RM3 seekor ni. Minimum order, 5 ekor. Tapi, tak habis 2 ekor, minta bungkus, staf tu bagitahu tak boleh bungkus udang ni, tadi masa order dia tak bagitahu ya? Aaa.. tak cakap pulak, sebab kami biasa pesan udang ni memang selalu tak habis, kadang makan seorang seekor jer. Iman kata, agaknya ramailah tu yang datang order banyak-banyak lepas tu tak habis. Terma & syarat untuk pesan Udang RM3 ni ialah untuk dine in saja tau dan masakannya cuma masak soy sauce ni. Kalau tak habis, pandai-pandailah korang nak sumbat kat mana, hahahah.




Sotong Telur Masin ni memang wajib la. Sedap sangat, masin manis. Tak habis makan jugak, yang ni tak habis boleh tapau jadi udang dua ekor tadi kami sumbat dalam bekas sotong ni, hehehe.




Sizzling Beancurd kegemaran PI. 




Chicken Lemon kegemaran Iman dan Siakap Tiga Rasa.




Siakap Tiga Rasa rangup tapi sos Tiga rasa tu macam rasa sos Thai jer.




Chicken Lemon ni kalau ada Iman memang wajib order.




Tak snap pic Baby Kailan dan Shark Fin Soup. Total 189.90. Sekali.. sekala... heheheh.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terliur tengok semua hidangan . Lagi² sotong telur masin tu

    ReplyDelete
  2. Oh gitu pulak syaratnya ye kalau tak habis udang tu tak boleh bungkus. Nampak sedap semua menu berbaloi la dengan harganya tu.

    ReplyDelete
  3. Makanan kat Restoran XY memang nampak sedap gila. Terliur tengok gambar ni. Kalau ada peluang, nak cuba jugaklah.

    ReplyDelete
  4. Bestnya makan di resto tepi pantai. Malam-malam sejuk je kan ditiup angin. Lahh macam tu pulak syarat dia. Nasib baik sotong boleh bungkus, boleh juga disumbat dalam bekas tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!