MAKAN DI AYONG GERAI IKAN BAKAR & DESSERT

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


HARI balik dari Family Day Staf di Lotus Seaview Beach Resort Pengerang, memang lepak-lepak kat rumah jer petang tu, tak masak tak apa sebab dah tapau dan makan Belangkas Restoran Asam Pedas Mak Kiah, kan. Malam tu, Pak Inche ajak makan dessert dan rojak di Ayong Gerai Ikan Bakar dan Dessert di Medan Selera Tepian Tebrau yang bersebelahan dengan Gerai Asam Pedas Sa'diah.




Memasing bukan main minum manisssssssssss!

ABC - Sk
Ais Jelly - Pak Inche
Ais Jagung - Iman




Sk pesan Rojak Cakoi. Sebenarnya rojak cakoi ni macam Rojak Petis tapi kalau rojak petis dia letak tauhu, kan.. rojak cakoi ni dia letak cakoi. Sk lebih suka Rojak Petis yang original, ada tauhu, kangkung dan taugeh selain nenas, sengkuang dan timun.




Ada Tauhu Bakar dan Cakoi Bakar, yang ni kami minta kahwinkan. Sebabnya, PI suka Tauhu Bakar, Iman suka Cakoi Bakar, jadi minta kahwinkan terus. Kalau asing nanti banyak sangat pulak pinggan dan makanan nak dimakan. Bila dikahwinkan, kuantitinya diletak separuh-separuh.




Eh eh.. ingat nak kurangkan pinggan atas meja sekali dua beranak ni boleh pulak kata nak makan nasi. Pesan Kangkung Belacan seorang makan dari Gerai Asam Pedas Sa'diah. Dorang ni kroni, hehehe.




Pak Inche kata, nak cuba rasa Ikan Bakar Ayong, pulak. Asyik-asyik makan Ikan Bakar Tip Top dan Tip Top BBQ, kan.. niari kita ubah selera. Sk makan nasi dua sudu ambil dari pinggan PI sebab PI paksa makan nasi dia sikit. Secara peribadi, Sk lagi suka Ikan Bakar Tip Top tapi situ mahal nak mampuihhhhhhh! Dahlah makan semua pakai pinggan plastik dan sudu garfu plastik sampai kalau plan nak makan kat situ, Sk akan bawa sudu garfu siap-siap dari rumah, hahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aritu kt penang layan ikan bakar juga....amboi kemain menu manis tu sorang satu ye

    ReplyDelete
  2. Kat PD hari tu SA layan Ikan Bakar jugak..terbaik ikan bakarnya nanti SA share entry..

    ReplyDelete
  3. Tak terfikir cakoi boleh buat rojak!

    ReplyDelete
  4. memang potong selera kalau kena makan guna sudu garpu plastik, nak nak yang jenis lembik tu...

    ReplyDelete
  5. Dalam nak kurangkan pinggan atas meja, terbanyak pula tiba-tiba ye. Rojak petis makanan favourite. Yelah kan, lagi sedap yang orgininal. Yang cakoi ni tak pernah jumpa lagi. Mungkin kurang kena dengan rojak petis tu kot. Tauhu bakar pun sodap. Apa ni tunjuk makanan favourite kita. Hmmm..majuk!

    ReplyDelete
  6. Baru tahuuu ada Rojak cakoi 😍😍. Disini sebut cakwe. Tp biasa digoreng saja. Yg ini nampak sedaaap kak 😍😍. Selalu lapar lah kalo dah liat menu2 yg kakak coba

    ReplyDelete
  7. rojak cakoi tu menggodanya kak.... pastu kangkung belacan tu nampak sedap betul nampak masih fresh lagi gitu... ratah pun sedap tu.

    ReplyDelete
  8. Rojak cakoi ..fuhh mesti sedap .lain dari lain yerr menu rojak cakoi nii .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!