Assalamualaikum WBT
DUA malam berturut-turut iaitu kelmarin dan semalam (isnin dan selasa), kami tiga beranak makan malam di rumah tapi itupun bukan masak sebaliknya tapau. Hari isnin, PI singgah pasar malam Taman Teratai, Sk minta belikan Kuey Teow Kawah dan PI beli Mihun Kawah untuk diri dia. Untuk Iman, PI belikan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Ada jugak Rojak Buah Abang Long dan Popiah Basah. Tapi tulah, malas nak ambil gambar.
Semalam pulak, Sk tapau siap-siap Mee Siam Singapore (Siam ke Singapore?) dari kantin kolej untuk makan malam, tapi PI kata belum makan nasi lagi. Jadi, balik kerja dia ke pasar malam Taman Tampoi Indah beli nasi campur. PI beli jugak cekodok, Tauhu Bakar dan Rojak Cakoi serta sekilo buah dokong. Pun malas jugak nak ambil gambar. Tak nak beli buah dokong banyak-banyak sebab nanti cepat lebam. Pelik pulak kalau di kedai tu elok aje buahnya tak lebam berhari-hari dijual, hehehe. Sambil makan buah dokong, Sk teringat buah dokong terakhir yang ibu kupaskan supaya mudah anak menantu makan. Seminggu selepas itu ibu mula sakit sehingga mengalah untuk dibawa ke hospital.
First time SA baca dan tau ada sup ekor goreng...
ReplyDeleteunik ek sup ekor goreng....biasa mkn sup ekor je....ekor goreng tk pernh mkn
ReplyDelete