Assalamualaikum WBT
ISNIN, 2 September 2025, Pak Inche ajak makan malam di NLSB Cafe, Taman Nusa Idaman. Dah beberapa kali dia sebut-sebut nak makan kat sini, sebelum ni Sk pernah ke sini memenuhi jemputan Makan-Makan sempena Hari Jadi Jeika.
Jarang-jarang sangat la PI sendiri yang mencadangkan makan di restoran tertentu, rupa-rupanya dia terberkenan dengan Promo Merdeka di NLSB Cafe iaitu Rib Eyes Merdeka NLSB Cafe.
Bila dah dihidang ke meja, dia kata dalam gambar promo lagi tebal dagingnya, hahaha. Memanglah, mana-mana restoran pun mana boleh sama sebijik sejibun saiz dan berat macam dalam gambar. Sebab tu kalau kita tengok iklan mana-mana restoran fast food, dia akan tulis, 'Hidangan tertera untuk tujuan penggambaran sahaja'.
PI minta daging dipanggang medium. Ia dihidang bersama kentang putar, sauted vege dan jagung. Sosnya tiga jenis, lada hitam, mushroom dan yang merah tu Sk tak pasti. Tapi, sos merah tu la yang paling sedap sampai habis sosnya sebab sedap sangat. Dagingnya pun cukup empuk dan terasa premium.
Spaghetti Creamy Tomyam untuk Iman. PI kata, masa birthday, Jeika, Sk makan SCT ni. Iyer ke? Sk masa tu memang tak ingat langsung apa yang Sk makan, bila buka semula old post, betullah, Sk makan SCT ni. Sejujurnya, masa makan-makan kali pertama tu, kebanyakan masakan yang kami pesan tawar hebeh, hahaha. Kali ni, agak sedap juga spaghettinya, terasa la garam tu.
Lasagna Beef ni betul-betul sedap dan berbaloi. Sk dan Iman berkongsi makan lasagna dan spaghetti. Iman kata, nanti nak datang lagi, dia nak makan lasagna sorang-sorang, hahaha.
Sago Gula Melaka. Sayangnya sagonya terlalu mampat sampai hilang tekstur dan rasa sago yang berbiji-biji lembut tu.
Cream Brulee sedap tapi tak dibakar lama kot permukaannya, jadi kurang rasa karemel tu. Kalau bakar sampai hangus sikit mesti sedap, pahit-pahit manis.
Di NLSB ni bukan sahaja ada hidangan western tetapi juga lokal. Kalau datang ramai-ramai dan berbeza selera, bolehlah pilih masakan lokal atau antarabangsa. Khabarnya, chef mereka kebanyakan chef bersara dari hotel-hotel terkemuka.
sekali sekala western memang paduuu SK nampak hidangan pun sedap dan cantik FP nya
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTerliur terus makananannya. Tapi rasa macam tak kenyang pula tengok porsi daging tu. hihi...betul betul sedap lasagna tu ye sampai Iman nak repeat makan sorang².
ReplyDeleteBiasalah tu, gambar promosi mesti gah...
ReplyDeleteTapi semuanya nampak sedap dan menyelerakan, pandai PI pilih tempat :D
25hb nanti birthday Nia...SA cadang nak sambut bertiga dan makan western...tengok steak PI tu bagai terasa di tekak la..sedapnyaa...
ReplyDeletemasa mengandungkan Ozil, manjang aja tekak ni nak makan sago gula melaka. merata cari tp selalunya dalam menu ada tapi bila order takde. aduhaiiiii tak pasal menangis.
ReplyDeleteSaus merah itu biasanya bbq sauce kak. Anak saya selalu pesan bbq saus kalo makan steak. Suami pula selalu blackpepper. Kalo saya ganti2 menurut mood ðŸ¤ðŸ˜…
ReplyDeleteSayang kalo sagoo Melaka nya terlalu padat. Padahal seharusnya lembut kan, JD terasa butir2 dia di mulut saat dikunyah 🤤