Assalamualaikum WBT
PENDAFTARAN mahasiswa dan mahasiswi beberapa IPTA kebanyakannya akan bermula bulan depan. Tentu sekarang para ibubapa dan bakal mahasiswa sibuk membuat persiapan untuk masuk kampus yang akan membuka lembaran baharu dalam hidup. Sebuah lagi pengalaman akan ditempuh dan banyak kenangan akan terpahat. Iman pun dah balik kampus. Balik kampus awal dari tarikh semester baharu bermula kerana terlibat sebagai urusetia Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Alhamdulillah, kali ini Iman dah kenderaan sendiri selepas dua tahun menumpang kawan-kawan dan menaiki bas yang disediakan universiti. Mulut ni tak habis berpesan itu ini, begitulah hati seorang emak. Dah besar panjang pun anak kita, anak tetap anak, risau tetap ada tapi hati kena kering, hihi.
Huntungnya iman
ReplyDeleteNama menu bkn main lagi tp harganya standard jugak, ala² mkn di SR jugak
ReplyDeleteFusion east meets west betul menu ni.
ReplyDeleteMacam tu la perasaan kita as a mom kan...memang penuh dengan pesanan...nampak sedap dua2 hidangan tu...
ReplyDelete