TONTON KONSERT DIVAS & DIAMONDS @ ARENA LARKIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 




KISAH malam minggu, seminggu yang lepas, tak padan dengan esoknya hari bekerja, boleh pulak pergi layan Konsert Divas & Diamonds yang diadakan di Arena Larkin. Bak lirik lagu Amy Mastura, 'Esok kerja jadi hari ini kita berjumpa dengan si dia yang tercinta...



Dapat tiket Platinum. Ini pertama kali kami masuk Arena Larkin ni. Kedudukannya betul-betul di sebelah Stadium Larkin.




Empat diva dilampirkan dalam konsert ini iaitu Dayang Nurfaizah, Datuk Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Datuk Rossa.




Dayang Nurfaizah macam pepatung Sk tengok. Ini kali kedua Sk tengok Dayang secara live. Kali pertama tengok Dayang membuat persembahan di Konsert Datuk Sheila Majid, berpuluh tahun lepas, hahahaha. 


Dayang bawakan lagu-lagu frust dan lagu-lagu asli. Bila Dayang nyanyi lagi frust tu, adoi, rasa nak pecah dada, hahahah. Dayang menyanyi lima lagu tak silap. Oh, pengacara malam itu, DJ Best FM, Zarin yang bersuara serak, kawan PI. Sk suka dengar suara Zarin ni. Seorang lagi pengacara lelaki, Sk tak kenal sangat.


Seterusnya persembahan dari Datuk Jamal. Kali kedua jugak Sk tengok Datuk Jamal secara live, tapi yang kali pertama tu dapat tengok dari dekat, kali ni tengok dari jauh jer. Ia diikuti oleh Joe Flizzow. Joe buat Konsert ni betul-betul macam konsert beliau sendiri ya. Sk tak ikut sangat perkembangan JF, selalu keliru antara JF dengan Altimet eh sorang tu dan Caprice, hahahaha. Tapi, baru perasan, Sk tak ambil gambar semasa persembahan DJ dan JF, video ada tapi dah delete, hehehe.



Nasib baik ada satu gambar welfie anak-beranak!






Persembahan paling memukau dari Datuk Rossa. Malam tu memang nampak ramai gadis-gadis Indo, mungkin bekerja di kilang-kilang sekitar JB datang untuk memberi sokongan kepada DR. DR ni dahsyat ya, beliau siap bawa pemuzik dan penyanyi latarnya sendiri, hebatlah persembahannya. Patutlah mereka-mereka ni sanggup bayar harga tiket demi nak melihat persembahan DR secara langsung. Sampai rasa nak suruh DR nyanyi sampai pagi kalau boleh, hahahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!