Assalamualaikum WBT
DAH beberapa kali Iman mengajak makan di Restoran Othman Mee Tarik. Ada sekali diajak malam, masa tu Pak Inche ada bola tak silap, ke.. ada dinner media, lupa. Sk menolak sebab masa tu cuaca hujan dan kalau hujan tahu sajalah, mesti jammed, dahlah susah nak dapat parkir kerana kawasan ni ada medan selera termasuklah cawangan pertama Bubur Nasi Istimewa No 1. Betullah tu, soalan dalam komen Ammi, gerai bubur nasinya tepi longkang, hehehe. Tertanya-tanya pulak Sk, apa Ammi buat masa tu selalu datang ke Johor? Memang Bubur Nasi Sentosa masa tu femes (sampai sekarang pun). Pertama kali Sk makan kat situ masa umur 21 tahun, dibawa oleh rakan sekerja yang Sk panggil Along dan Ucu. Kami sama-sama mengajar kelas malam masa tu dan pergi beli komponen elektronik di Taman Sentosa ni. Lepas beli barang dikehendaki, tu yang Along dan Ucu ajak makan bubur di sini, hehehe.
Sedapnya hirup kuah mee tu nak² letak chili oil mmg mengancam ...
ReplyDelete