MAKAN-MAKAN DI RUMAH ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, berangan nak masak Sambal Sardin sekali, Angah ajak datang makan kat rumah dia lepas maghrib. Maka, tak jadi masak Sambal Sardin sebab nak simpan perut makan kat rumah Angah. Angah nak goreng mihun dan Cik Ani nak buat Roti Jala. Sk nak datang bawa perut aje la gitu.




Lepas tu fikir, nak singgah Oh My Cakes beli brownies atau kek oren macam bawa masa potluck hari tu, tapi malas pulak nak buat u-turn dua kali sebab OMC berada di sebelah kanan jalan. Maknanya kena buat u-turn untuk ke OMC dan kemudian kena u-turn lagi untuk ke Senai. Lalu Sk putuskan untuk singgah Speedmart aje beli ais krim 4 kotak, tapi tak ada pulak ais krim dalam box. Nampak aiskrim potong ni jer tapi masa nak bayar baru nampak aiskrim tu dia letak dekat laluan masuk yang terlindung (boleh nampak kalau masa nak keluar). Hurmmm.. beli jer la yang potong ni. Sedap jugak, lembut aiskrimnya bila digigit.




Rindu nak makan roti jala Cik Ani. Ada aje jumpa roti jala tapi tak sesedap dan segebu roti jala Cik Ani, hehehe. Kena puji, Cik Ani baca ni 😉. Pak Inche kan ada bola semalam, bila Sk beritahu ada roti jala terus dia suruh tapau bawa balik.




Roti jala makan dengan kari daging. Sedap kuah kari, melekat dengan roti jala.




Bihun goreng.. tapi Sk tak makan sebab semalam siang dua kali makan bihun goreng Kak Sab. Sekali makan dengan kuah (Mee Siam Singapore). Sekali lagi Sk makan tanpa kuah.




Angah pergi Pasar terberkenan nampak isi kerang terjelir-jelir dan kepah memancut-mancut. Ketam pun tengah banyak isi, bulan tengah gelap. Maka terajinlah dia nak buat shell out. Lepas makan semalam, baru Angah cakap, semalam anniversary perkahwinan dia. Oh, alkisahhhh.. patut ada makan-makan. Happy Anniversary, Angah & Abang Jamal. Semoga bahagia hingga ke jannah, Amiiinnn YRA. 




Makan roti jala 4 ketul kemudian barulah meratah hidupan laut. Borak-borak, dekat pukul 11 baru balik. Pukul 12 malam kot, mengadap lagi roti jala berdua dengan PI pulak, hahahaha. Benda sedap, biar menyesal makan dari menyesal tak makan, hehehehe.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. huish..kari dia pekat likat menggoda.... saya tak reti nak buat kari macam tu... hajat hati nak buat roti jala juga kalau abang tak dapat balik bermalam minggu ni... nak bawa sekolah dia makan makan kat kantin

    ReplyDelete
  2. Betullah, kerang yg PH beli pun kemain penuh isinya. Lepas ni cari ketam pulak...
    Tergoda tengok kari daging tu, macam nak kena buat jugalah 😅
    Happy Anniversary Angah & suami . Semoga kekal bahagia 🌹

    ReplyDelete
  3. Aduuuuh kaaak, roti jala tuh mengancam sangaaaat godaannya 🤣🤤🤤🤤. Langsung lapar saya. Biasanya saya pesan dari teman yg memang pandai buat. Pakai kari kambing. Jd teringin nak pesan lagiii 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!