MASAK NASI LEMAK SOTONG GORENG TEPUNG, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


MALANG memang tidak berbau tetapi sentiasalah berhati-hati dalam apa jua keadaan. Sk masih ingat, sejak sekolah rendah pun kita telah diajar cara hendak melintas jalan, toleh kiri, toleh kanan, kemudian toleh kiri lagi sekali, dah tak ada kereta baru melintas. Tak kisahlah nak toleh kanan dulu pun, tapi mesti tengok keadaan betul-betul selamat, baru melintas. Bila memandu tu, nak keluar simpang ke.. roundabout ke, pun buat benda yang sama. Satu lagi, jika ada kereta kat depan kita, biar kereta tu jalan dulu, baru kita bergerak. Jangan bergerak selagi kereta depan tak bergerak. Itu yang selalu Sk pesan pada Iman.


Semalam pagi, masa nak masuk persimpangan bulatan di hadapan Capital City, Sk berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada tiga buah kereta yang berada dalam bulatan. Rasanya lebih 10 saat jugak tu dah berhentinya, tiba-tiba terasa kena langgar dari belakang, berderau darah dalam masa yang sama, terus naik angin. Apa tidaknya, kita dah elok berhenti dan memang patutnya kalau sampai kat situ kena perlahan, dah kenapa kau langgar aku?! Sk buka tingkap, angkat tangan dalam keadaan marah dan tekan hon, perlahan-lahan Sk ambil kiri untuk keluar dari persimpangan bulatan tu. Sk perhati dari cermin, kereta berwarna putih yang langgar bontot kereta Sk mengekor perlahan. Risau dia chow, hahaha.


Lepas berhenti di tempat selamat dan tidak menghalang lalu lintas, Sk keluar. Pemandu kereta belakang keluar, berbaju kurung hijau, berkaca mata bingkai hitam. Dia terus mencantumkan kedua belah tangan ke dada bila nampak Sk, "Ampunnnn kakkk, ampunnnn kakkk, saya tak sengaja," Rayunya. Sk tak menjawab, terus tengok bontot kereta. Alhamdulillah, masih tegang lagi. "Kuat awak langgar!" Memang berdentum jugak tapi syukurlah, baik kereta Sk, baik kereta dia, dua-dua tiada apa-apa impak kecil atau besar. Sekali lagi dia meminta ampun, dia kata, dia tak perasan sebab tengah tengok sebelah sana (kanan). Lain kali hati-hati, pesan Sk ibarat pesanan seorang kakak kepada adik. "Menggigil saya, kak.." Sk suruh dia istighfar, kemudian SK terus masuk kereta, dahlah lagi 10 minit nak pukul 8, ada lambat lagi aku karang, cakap dalam hati. Yang penting syukurrrrr sangat sebab tiada kejadian yang lebih buruk.




Kisah petang pulak, Pak Inche mintak masakkan nasi lemak untuk makan malam. Oh ya, lupa nak cerita kejadian pagi tu kat PI , biasa sambil makan sambil berborak tapi semalam lupa betul nak cakap. Agaknya sebab sedap sangat nasi lemak, nak nak, ada pulak lauk Sotong Goreng Tepung.




Mahal betul sotong ni sekilo RM40, taklah besar sangat, tak silap PI beli kat Pasar Tani. Sk goreng guna tepung bestari aje senang tapi Sk buat dua kali celup sebelum digoreng. Yang pertama Sk celup dalam batter (campuran tepung bestari dan sedikit air), kemudian Sk golekkan dalam tepung bestari sahaja, baru masukkan dalam minyak panas dan goreng secara terendam (deep fried). Nak masukkan tu tak boleh serentak, kena masuk sekeping-sekeping, lainlah kalau kita guna kuali besar macam kat kedai, bolehlah masuk sekali arung, hehehe. Masa makan tu, Sk pelik, kenapa pijar sangat tangan, Iman kata, agaknya sebab Sk kacau tepung tu guna jari, tepung tu kan yang flavor pedas, ya tak ya jugak, baru perasan, heheheh.




Mulanya nak buat Sambal Sotong tapi PI kan suka sambal kosong, tu yang terjadi Sotong Goreng Tepung sebab nak makan sik mak lauk sotong.




Malas nak goreng kacang tanah, timun pun tak ada. Setakat nak makan sehiris sorang baik tak payah beli, nanti yang lain semua kecut dalam esbox. Telur lenggang wajib la kan, malas juga nak tambah telur rebus atau telur mata.




Ikan bilis pun dah nak habis stok dah ni.




Lima biji telur gred C wassalammmm.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alamak..sedap plak sik mak dia ha...terus rasa nak buat nasi lemak weekend cuti panjang ni

    ReplyDelete
  2. jarang mkn nais lemak lauk sotong goreng tepung..sedap tu tp kalo dpt sotong yg gemok2 lg best kn

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...berdentum kuat tu buat kita risau dah. Mujurlah tak ada apa-apa yang teruk berlaku. Kita dah berhati-hati, orang lain pun yang buat hal. Lepas makan cerita tak dengan Pak Inche tu? hihi..kot lupa lagi.

    Nasi lemak masak sendiri memang tiada tandingan. Tak ada timun ke apa, takpe. Janji nasi lemak dan sambal sedap. Cikmak ada sotong celup tepung, buat bertambah selera makan. hihi...

    ReplyDelete
  4. Syukurlah tiada apa yang serius dari pelanggaran itu. Pernah juga terkena macam ni semasa tunggu di traffic light. Bila check kereta tak de isu lega dan malas nak panjangkan cerita teruskan perjalanan. Malas betul nak deal dengan accident ni. Menarik sotong goreng tepung tu. Menjadi betul.

    ReplyDelete
  5. Syukur takde apa2 yang serius dekat SK dan kereta SK. Hmm... tapi tu la bila dah atas jalan raya ni kadang2 kita dah bawak elok2 orang lain pulak yang buat hal.

    Sedapnya sotong salut tepung! Saya pun suka pakai tepung bestari.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah mujur tak ada apa yang serius . Si yang langgar dari belakang pun take action untuk minta maaf ..

    ReplyDelete
  7. Jangan kata sotong mahal, ikan dah benyek pun mahal

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!