Assalamualaikum WBT
MAAF, tayang gambar Kari Ayam dari periuk terusss, hahahaha. Gambar masak hari ahad baru ni. Pak Inche mintak kari ayam, suruh pergi ajak Iman pergi makan tengahari atau tapau makan tengahari tak mahu, tahan tunggu sampai Sk balik. Tapi ayam semua dah potong dan bersihkan siap-siap, tinggal masak. Sk pulak tengahari tak makan nasi jugak. Beli mee goreng kat kantin, separuh makan pagi, separuh makan tengahari. Hari ahad tu tak terasa lapar sebab sibuk uruskan pendaftaran pelajar senior.
PI nak Kari Ayam cair-cair sikit tapi entahlah, Sk memang tak pandai masak cair dan apa teknik supaya karinya jadi cair. Tapi, PI kata, okey la cair macam ni sebab Sk selalu masak kari pekat macam kat kedai nasi daun pisang. Dia nak kari ala-ala Melayu kot. Sebab penat balik kerja, Sk kisar jer bawang guna chopper, tak larat nak menghiris apalagi menumbuk guna lesung batu, hehehehe. Masukkan cili padi hijau, nanti boleh suap dengan nasi bagi lagi kick. Iman pun rupanya dah pandai makan cili dengan kari sekarang, hehehe.
Ayam Goreng jangan dilupakan tapi terlupa nak perap garam kunyit lepas asingkan dengan yang nak masak kari. Suruh PI perapkan, boleh diletakkan tepung jagung konon nak bagi rangup dah melekat dalam kuali. Sepatutnya letak tepung beras, kan.. ke salah? Hahahah. Tapi, taklah melekat teruk, cuma terpaksa pegang telinga kuali kuat-kuat masa nak terbalikkan ayam risau kualinya pulak terbalik, hihi. Rangup jugak la ayamnya letak tepung jagung.
Goreng papadom jugak. Sambil makan teringat tular video aci buat papadom kat India, adessss.. spoil betul la, hahahaha.
Dua hari berturut makan kari ayam, esoknya tinggal panaskan aje. Sk begitulah, kalau masak untuk dua kali makan. Dia kalau anak ramai, sekali makan dah wassalam sebenarnya. Rakyat dalam rumah ni pulak bukan sejenis yang meratah lauk. Iman tu, makan ayamnya seketul aje walaupun ayam tu potong 18. Kalau udang ke, sotong ke, dia gigit sikit-sikit, manalah nak habis sekali masak, kadang kena paksa ratah. Kalau udang boleh lagi, ayam ke, ikan ke, memang dia tak suka ratah.
Tambah Udang Goreng Kunyit sebab tak ada ayam goreng. Udang beli kat Kampung Pungai masih berbaki seplastik lagi, tu standby kalau tak ada idea nak masak. Paling senang buat Udang Goreng Kunyit la, campak jer udang dalam minyak sikit, kacau sekejap, tabur garam, serbuk kunyit, gaul lagi. Kemudian masukkan cili padi, daun kari dan bawang besar potong bulat, masak sampai bawang layu.
Hari Isnin kan, PI singgah pasar malam beli rojak buah. Pakcik yang jual rojak buah ni guna motor roda tiga untuk meniaga. Dulu-duluuuuu rasa macam tak pernah jumpa, mungkin dalam tahun ni baru meniaga kat situ, orang Kedah, cepatlah ngam dengan PI, dia bahasakan diri dia, Pak Long.
Selain tu, beli Popiah Basah. Memang tiap kali pergi Pasar malam situ, PI akan beli sebab sedap. Yang jualnya anak-anak muda. Iman kata, agaknya dorang ni macam ada kilang kecik buat popiah basah kot lepas tu jual kat pasar-pasar malam. Logik jugak pendapat Iman tu. Ala... macam orang jual pelam jeruk tu la, ada taukenya. Pergi ceruk mana pun kat Malaysia ni, ada jer orang berjual jeruk pelam kat persimpangan-persimpangan lampu isyarat. Perniagaan berkembang macam cendawan tumbuh lepas hujan walaupun ada larangan menjaja di lampu isyarat dikeluarkan, macam kebal pulak mereka-mereka ni, kan.
Menggoda semuanya 😋
ReplyDeleteBiasanya saya guna campuran tepung beras dan tepung gandum. Tapi kalau tepung jagung pun rangup…boleh jelah kan..hehe
dah 2 kali baca cita kari ni, terus rasa nak masak kari plak...
ReplyDeleteNasib baik semuanya dah disiapkan tinggal masak je. Kaedah masak mana yang sempat je kadang. Kalau rajin, tumbuk. Tak rajin, kita chopper kan je. Janji sedap. Bab tepung tu, saya pun tak arif. kikiki...
ReplyDeleteMasak udanglah paling senang kan. Campak-campak je siap. Terliur tengok rojak buah. Mampu tengok je lah. Nak makan macam dulu tak mudah dah. Ada pendakap gigi yang perlu dijaga. huhu...
Aduhai...sedapnya kari ayam....
ReplyDeleteSedap semuanya tu...
ReplyDeleteOrg² Kedah yg berumur mmg biasa dipanggil Paklong/Maklong, bukan Pakcik/Makcik mcm kita biasa panggil. Kalau pi merket semua jadi Paklong, Pakcik tak dak :D
Malam semalam baru isteri masak kari ayam.. Kena pula dengan telur dadar.
ReplyDeleteSedapnya kari ayam tu ..kalau ada roti jala boleh laa buat cicah dengan kuah kari .. popia basah tu terliur laa tengok
ReplyDelete