SARAPAN LONTONG KERING & KE PUSARA IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum WBT 


PAGI ni ada hal sikit, Sk keluar berdua dengan Pak Inche. Nak keluar tu, Sk ajak PI sarapan dulu tapi dia kata, nak selesaikan dulu urusan yang lebih penting padahal benda tu sebelum pukul 12 tengahari. Lepas tu, Sk ajak sarapan dekat Skudai, dia ajak sarapan kat Medan Selera Taman U. Rupanya Medan Selera tu tutup. Hurmmm,  adan uke, orang dah ajak sarapan awal tak nak. PI kata, jom kita pergi sarapan kat Warung Buruk.




Ramai orang cakap, lelaki dengan perempuan, perempuan cerewet dari lelaki tapi pengalaman Sk, PI paling cerewet. Benda boleh gaduh sebenarnya tapi malas nak gaduh pasal sarapan aje pun. Tapi kat sini, padan muka lagi sekali la, sebab lambattttt giler eh! Antara sebab Sk tak minat nak ke sini, dahlah lambat, orang ramai. Orang ramai tu sebab lambat dapat makanan la sebenarnya. 




Lama tak makan Lontong Kering. Tapau Lontong Basah untuk Iman. Lontong Kering lauknya Rendang Ayam. Sedap jugak Lontong Kering lengkap dengan Sambal Tumis dan Sambal Kacang serta Serunding. Sambal Goreng pun sedap banyak tempe.




Pak Inche makan Bihun Soto. PI kata, tak boleh lawan Soto Skudai. Dah dalam kereta, PI cakap lagi, Soto tu tawar. Dah letak Sambal kicap banyak pun masih tawar. Dah dia yang nak sangat makan situ, rasalah tawar tu, huhu. Selain tu, PI makan Roti Canai sekeping. Sk tapau roti canai dua keping. Penebar roti canai kat sini perempuan, macam baya-baya Sk jugak. Sedap tau roti canai dia, tu yang ramai sanggup menunggu tu. Selain tu ramai yang datang makan nasi lemak.




Lepas balik rumah, Sk keluar semula seorang nak pergi rumah Angah. Dalam masa yang sama datang rindu membuak-buak pada ibu membawa Sk ke rumah baru ibu di Saleng.




Tengok bunga masih segar, tentu Angah pun baru balik.




Selamat Tinggal, Ibu.


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 

Riwayat Muslim (1631)

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. singkat dan padat...
    mampir di tempat kami ya mba/om/tante https://www.boostrindonews.com

    ReplyDelete
  2. Ini samaaa macam suami saya 🤣🤣. Kalo dah nak makan di tempat yg dia suka, mesti kesana. Tp mostly tempatnya tak menepati selera 🤣🤣🤣. Terkadang hanya estetik saja, tp rasa blaaah 🤭

    ReplyDelete
  3. Leceh laa kalau customer ramai tapi service lambat ..

    Alfatihah untuk arwah ibu SK .

    ReplyDelete
  4. Kalau kuah sup tawar, bubur sambal kicap tentu hilang tawarnya. Ni mesti sambal kicapnya pun tawar hihihiii.

    ReplyDelete
  5. kalau suami saya bila dia kena macam ni nanti dia cakap 'rugi tak dengar cakap ummi' hahaha tu la lain kali kena dengar cakap isteri ni...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ibu, anak ibu datang ni. ammi kalau gi kubur arwah mama bila cakap camni je confirm menangis. Dah tau cengeng nak juga berbasi basa gini wlaupun dalam hati. huhuhu.

    ReplyDelete
  7. Hihi..kalau dah faham, malas dah nak bergaduh kan. Tapi tulah berapa kali padan muka daaa...lontong darat tu aduhaii macam sedapnya kalau dapat makan.

    Ada kesempatan, dapat juga singgah ziarah pusara ibu. Rindu yang tiada penghujung.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!