BUKAN RESTORAN NASI PADANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 




MINGGU lepas, keluar tengahari temankan Iman tukar MyKad. Hantar gambar dalam grup, dorang tanya, kenapa nak tukar? 


Okey, cerita dia macam ni, masa Iman habis SPM (17 tahun), Iman ada perbaharui passport, masa tu Iman dah bertudung, passport lama tu tak bertudung, MyKad pun tak bertudung dan muka Iman memang berubah dah, jadi pegawai Imigresen tu minta agar Iman tukar MyKad supaya tak banyak beza gambar MyKad dengan passport supaya tak jadi masalah bila nak keluar negeri.


Kemudian, pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pulak cakap, kenapa awak nak tukar passport sekarang, nanti tahun depan dah kena tukar lagi (umur 18). Lepas tu pegawai JPN tu ingatkan, nanti tukar lagi MyKad sebelum umur 25. Nak umur 25 pun dua tahun lagi sebenarnya.. tapi, Iman nak tukar jugak MyKad dia sebab lesen P Iman akan tamat tempoh bulan ni, jadi.. Iman kata, taknaklah nanti gambar lesen memandu dia guna gambar MyKad masa umur 17, hahahaha. Tu yang pergi tukar siap-siap sebelum perbaharui lesen memandu.




Kita selfie la seketol!



Walaupun tengahari semua kaunter buka ya, tak silap dekat 10 kaunter jugak. Bayangkan giliran Iman tu ada lagi 71 orang tapi laju jer dia panggil. Pegawai-pegawai bertugas semua pun baik-baik, comel jer bagi arahan masa bergambar tu supaya gambar kita cantik. Kalau kita pakai contact lens kena buka ya, Iman kata, nasib dia tak suruh buang mekap, Iman memang tak pakai contact lens. Mekap pun light jer asal tak nampak rupa bangun tidur, haha. Lepas siap ambil gambar tu, buat bayaran RM10 (cashless), nanti dia bagi kita resit yang bertulis pukul berapa kena datang semula ambil MyKad yang dah siap. Tengok tempoh masa dia anggaran 30 minit jer siap. Sempatlah kami jalan-jalan kat Mr DIY dulu belek-belek barang tanpa tujuan.




Datang semula, ambil nombor lain, tunggu sekejap sebab masa kami sampai ni belum ngam lagi dengan masa yang diberi. 



Siap dah, jom kita pergi makan! Kami sepakat nak makan di Restoran Nasi Padang yang baru dibuka di Pusat Perniagaan Baharu Taman Damansara Aliff. Dah berangan nak makan sambal hijau dan sambal merah nasi padang tu dengan tetel gulai Minang, haha.




Tapi, masuk-masuk tak nampak pulak lauk gulai Minang, sambal hijau, sambal merah tu, sambal belacan adalah, pun dah koret-koret. Lauk pun masakan Malaysia, ada asam pedas, masak lemak dan kari, mana masakan Padang-nya. Tapi, ada jugaklah dendeng daging.




Rupa-rupanya, bila dah keluar kedai tu, tengok banner dia, memang bukan restoran nasi padang laaa.. dia restoran biasa aje. Sejak dia gantung papan tanda restoran Sk mati-mati ingat restoran nasi padang, tengok pun dari jauh aje.




Macammana boleh terfikir ini restoran nasi padang sebab tengoklah ada simbol bumbung ala Minangkabau tu. Tengok pulak dari jalan besar, kedai ni kena masuk lorong, jadi nampak macam dia tulis Rumah Makan, ada pulak simbol macam bumbung Minangkabau terus ingat Restoran Nasi Padang, hahaha.


Tapi, masakannya sedap dan harganya pun tak la mahal sangat, bolehlah kalau jemu dengan asam pedas Kak Sab, kita lari ke sini pulak, hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oo... kena tukar mykad sebelum umur 25 tahun ke? Baru tau. Mesti kecewa bila masuk restoran cari lauk nasi padang tapi tak jumpa. Rupa2nya salah faham, bukan kedai nasi padang rupa2nya.

    ReplyDelete
  2. Ini yang rasa nak tukar gambar IC juga ni. Muka ada sinyumm dah dapat IC baru ye. Patutlah makanan lauk pauk lauk campur, rupanya memang bukan resto nasi padang. Salah pemikiran lah ni. hihi...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..selesai tukar....hihi..walaupun tersilap, masakan sedap, kira ok tu..wrong move for the right taste..

    ReplyDelete
  4. Eceh! Iman memperagakan kad baru dia!

    ReplyDelete
  5. Selalunya yg x berapa mesra alam ni dept satu lagi SK 🫣
    Aah la gambar bumbung minangkabau satu, perkataan rumah makan pun iye juga bole buat confused tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!