MAKAN DI RESTORAN PIRING PUTEH GIANT TAMPOI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


PANAS lit-lit cuaca hari ni. Boleh rasa perjalanan balik kerja nanti pasti mencabar sebab cahaya matahari datang dari arah depan. Jangan jammed sudahlah, dahlah balik nanti dah janji dengan Pak Inche nak masak ketam, hehehe. Gigih dua beranak tu pergi Pasar Tani pagi tadi, takkan tak jadi pulak nak masak. Sk dah pesan dengan Iman pukul 6 nanti masak nasi. Pak Inche pun dah siap siang dan bersihkan ketam, Sk tinggal kisar cili dengan kunyit hidup, campak dalam kuali. Cadangnya, nak masak lemak la, apa lagi. Takkan nak masak sambal lagi? Hihi.




Kisah minggu lepas, Iman datang pejabat Sk ajak pergi lunch di Restoran Piring Puteh yang membuka cawangan di Giant Tampoi. Dia kata, lama tak makan tengahari dengan bonda, dah ada kereta sendiri ni bolehlah datang, kalau tak, kena la tunggu hari Jumaat atau Sabtu baru dapat makan tengahari sama-sama. Cantik buku menu RPP cawangan Giant Tampoi ni. Sebelum ni Sk pernah bawa pembaca ke Restoran Piring Puteh, Pontian.. boleh baca DI SINI.




Terasa nak menyirap pulak, Iman minum Teh O Ais Limau. Sebenarnya nak minum ais kosong tapi ada mineral water aje yang lagi mahal dari air sirap, baiklah minum sirap, hahahah.




Setelah puas menepuk dada (tanya selera), pilihan kami, Asam Pedas Ikan Siakap dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api serta Taugeh Goreng. Hampir 25 minit jugak menunggu lauk-pauk dihidang ke meja. 




Aduh, lupa nak request tak nak bahagian kepala. Mujurlah banyak juga bahagian isinya ni. Ada dua batang bendi dan eloklah bendinya, tak tua macam masa Sk makan kat RPP Pontian. Kuah asam pedas tu sama rasa macam kat Pontian yang mana seakan-akan rasa Asam Pedas Tumis Darat Ibu Sk. Sedap tapi dia lain sikit tau dari asam pedas yang biasa, mungkin resepinya lebih bawang atau ada tambahan cili hidup kot. Kalau ibu Sk dulu, lepas ikan masak, ibu akan tumis bawang dimayang dan kemudian curahkan dalam gulai, dikacau sebentar sebelum dimatikan api. Gulai Tumis Darat agak cair tapi yang ni tak cair, sedaplah, Iman suka.




Secara peribadi Sk lebih suka masakan Daging Salai Lemak Cili Api ni. Tapi, tulah, dagingnya nipis betul macam guna slicer, hahaha. Memanglah tak boleh lawan Daging Salai di Lomak Salai Tampin tapi tetap sedap, pedas betul sampai menangis kita dibuatnya, hehehe.




Mula ingat asam keping ke yang nipis sangat tu, rupanya daging. Daging lembut la bila dah hiris nipis macam tu, kan.




Lambat taugeh ni sampai.




Ambil tiga lauk pun cukup. Ni kalau ada Pak Inche, memang kena ada telur dadar dan sambal belacan serta ulam. Dengan Iman ni, cukup gulai asam pedas dan taugeh jer tapi Sk pulak suka masak lemak cili api.




Harga berpatutan la bila kau dilayan macam raja. Restoran pun cantik, takkanlah dia nak letak harga awangan, kan.




Senang jer nak datang sini sebab restorannya terletak betul-betul di laluan pagar masuk utama Giant Tampoi. Pintunya pulak betul-betul sebelah kedai eco, sambil tunggu makanan siap bolehlah shopping dulu, hahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. W'salam SK..
    Tak sangka portion banyak begitu kurang dari RM60.00.. memang berbaloi. Bagi LZ makan asam pedas tak lengkap kalau takde telur dadar, sambal belacan dan ulam - gandingan kebabommm tu SK, hehehe

    ReplyDelete
  2. Murahnya kak!!! rasanya dlu akak pernah jugak review restoren ni kan? sy ingt sbb namanya unik

    ReplyDelete
  3. Lauk pauk sedap! Dua-dua lauk favourite kita. Boleh pulak sayur datang lambat ek padahal sayur paling cepat masak. Best betul mengunyah taugeh rangup tu. Berkenan pulak dengan gambar air tu, kalau edit sikit tone dia mantap. hihi..Air sirap murah lagi dari air mineral. Haa kalau saya pun pilih sirap jelah gitu.

    ReplyDelete
  4. Samaaa lah kita , tak suka bagian kepala. Saya lebih suka ekor lagi kalo ikan. Bagi saya juga kepala LBH amis baunya 😅

    Krn Kaka sebut lomak salai tampin lebih sedap, saya jadi penasaraaan. Nak coba jugaa 😍😍

    ReplyDelete
  5. pernah sekali je ke piring putih ni masa dia kat pekan nanas dulu, sebelum pindah ke pontian.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!