Assalamualaikum WBT
PAK Inche ajak kopi-kopi di Batu Pahat semasa perjalanan balik dari Melaka. Sk buat carian di Tik Tok, jumpa dua tempat, satu kayangan, satu awangan.. tapi yang kayangan tu buka pukul 4 petang, jadi kita pergi la yang sedang dibuka, Kopi Tarik namanya.
Nampak Tik Tokers 5ima3iga (sebut - Lima Tiga) promot tempat ni. TT ni selalu eh promot cafe-cafe dan warung-warung best di Batu Pahat. Biasa lalu jer kat jalan besar depan taman menghala ke Pontian ni. Tak sangka dekat dalam ni banyak jer kedai-kedai.
Kopi Tarik ni merupakan kedai makanan dan minuman ala kopitiam. Pesanan dibuat dengan mengimbas QR code tapi beberapa menu yang berkenan di tekak 'not available'.
Eh.. eh.. ada Laksa Sarawak. Jarang-jarang jumpa menu Laksa Sarawak ni di Johor.
Iman pun makan Laksa Sarawak.
Tak pasti mereka buat sendiri ke pes laksa. Sedap, tak sama rasa dia dengan rasa pes yang biasa Sk beli ready made. Ada orang kata, LS ni rasa macam jamu, ya, ada sikit tapi boleh jer masuk, sedappp. Ayam tu dia carik halus-halus, mungkin ada alat dia nak carik ayam tu. Bihun dia tu lembut tapi tak lembik. Kita tarik-tarik pun dia tak putus ya. Orang cina cakap, kalau makan mee, jangan kasi putus. Masuk mulut tu jangan gigit, kunyah jer sampai hujung mee tu, panjang umur nanti.
PI yang beriya ajak mengopi, makan roti aje. Sk pesan dua jenis roti bakar iaitu roti keping dan roti bun, semua PI yang makan. Dia tak berkenan menu-menu kat sini. Ada nasi lemak tapi PI tak minat ya nasi lemak cafe-cafe ni. Dia nak nasi lemak daun pisang aje, hahahahaha.
Nak datang sini, waze aje, Kopi Tarik.
tk pernh makan laksa sarawak...kalo menu sarawak biasa makan mee kolok je
ReplyDeletekak ana teringin sungguh nak makan laksa sarawak nih, moga ada rezeki satu hari nanti, in syaa Allah..
ReplyDeleteSaya coba laksa Serawak saat di KL, dan sedaaaap. Memang sukaaa lah 😍😍😍. Yg tadinya saya paling suka laksa Melaka, dah berganti sekarang, JD laksa Serawak 😄
ReplyDeleteKalau manual, carik guna tgn je isi ayam tu kak SK... hehehe... sbb tu lah leceh sikit kalau nk serve laksa... kalau sejenis yg x suka bau rempah mmg x suka LS ni
ReplyDeleteSA okey je makan laksa sarawak..tapi bukan fav la..fav tetap laksa utara...
ReplyDelete