Assalamualaikum WBT
DAH lama tak dapat jemputan orang kahwin. Teringin beno nak makan nasi kenduri sehingga membawa kami ke Pondok Briyani kahwin yang terletak di pusat bandaraya JB atau lebih tepatnya di Jalan Tan Hiok Nee yang masih mengekalkan bangunan lama. Tak silap dulu di sini August Cafe.
FYP di Tik Tok, Iman la yang tunjuk tempat ni. Konsepnya makan macam kenduri dengan latar zaman dulu-kala. Staf pun pakai baju lama, iaitu berbaju kurung Kedah.
Menu yang ditawarkan tapi kami sampai tu dah pukul 4.15, cuma tinggal dua pinggan nasi jer dengan pilihan satu ayam dan satu kambing. Dah sampai, bolehlah, makan kongsi-kongsi. Dahlah susah nak dapat parking, entah apa nasib semalam, ada satu kereta keluar dari kotak parkir depan Masjid India tu.
Samalah gaya duduk SK dengan bini pertama abam jamil tu
ReplyDeleteYg beginiii lah yg saya suka kak. Vibe klasik, ala2 jaman dulu. Pakai ornamen pun yg vintage yaa. Poster filmnya JD tertarik pula nak nonton 😄ðŸ¤
ReplyDeleteMenarik la kat sini..boleh la SA cuba nanti
ReplyDelete