Assalamualaikum WBT
TINGGAL dua minggu lagi, cuti semester Iman akan berakhir. Lepas ni Iman akan balik ke kolej meneruskan pengajiannya di UTM Skudai yang berbaki dua tahun lagi. Kalau ikutkan, semester baharu akan bermula pada bulan Oktober tapi Iman balik awal kerana perlu mengikuti Kursus Team Building yang melibatkan urusetia Minggu Mesra Mahasiwa (MMM) bagi pengambilan mahasiswa baharu Oktober 2024.
Sementara masih bercuti ni, kita layankanlah dia nak berjimba-jimba. Jumaat lepas, kami ke Pasar Suasana by Seloka Dessert yang buat julung kalinya diadakan di Toppen Johor Bahru (Ikea). Tapi, tulah.. masalahnya, mak dia pulak yang melebih-lebih, hahaha. Sajalah nak bagi sokongan kepada penganjur yang menggalakkan pengunjung berkebaya.
Seloka Dessert ni bermula di Batu Pahat sebelum ini dan kali ini dibawa ke JB. Konsepnya menggamit memori lama.
Penganjuran selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu lepas, di tempat letak kereta Toppen Johor Bahru. Cuaca baik tapi panas terik la, nak-nak pulak kami datang siang. Nak datang malam tak sanggup nak hadap jammed!
Iman malas berkebaya sebaliknya berkemeja potongan blouse dan berkain batik. Ni singgah beli Ais Jelly dari Vendor Basah Tekak X Cemilan.
Sebelum ke sini, kami makan siap-siap makanan berat di Toppen, tu nanti Sk cerita kemudian makan apa, di mana, hehehe.
Pakkal jer panas terik, kalau tidak, mahu juga duduk mengopi di meja-meja yang disediakan oleh penganjur.
Nak beli bunga tapi mengenangkan nanti habis dikerjakan budak bulus kat rumah, tak payahlah beli, hahaha. Geram sebab cantik dan murah.
Suka tengok tema-tema macam ni diketengahkan semula sekarang. Tapi, yang benar-benarnya tak mahu la kembali ke zaman dulu. Malam-malam nak buang air pun seram. Rindu boleh, kembali jangan.
Aissssh, totalitas kakak yaaa, sampai pakai kebaya nyonyah 😄👍. Cantiiik warnanya.
ReplyDeleteSukalaaaah kalo ke tempat yg banyak jualan macam ini 😍😍. Bisa Macam2 yg saya beli.
Cantiknya deko-deko setiap booth makanan yang ada di situ . Nampak klasik .. CCL suka vibes2 begini ..
ReplyDeleteOotd sis pun letup berbaju kebaya
Amboi, emak dan anak sama cantik sama lawa!
ReplyDeletecantiknya kakakku berkebaya....pandai iman gayakan kemeja&batik tu
ReplyDelete