MAKAN NASI KERABU DAGING DI RESTORAN GALLUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


CERITA pergi Pasar Suasana By Seloka Dessert minggu lepas, Sk dan Iman rancang makan berat dulu dalam Toppen. Mula-mula dah nampak satu restoran ni, menariks tapi nak cari lagi kot la jumpa kedai lain yang lebih menariks, hehehe. Pelik, selalu banyak jer kedai makan kat Toppen ni tapi bila nak pergi macam tak ada, kami naik ke aras atas sehinggalah ternampak Food Courts. Tengahari, kan.. baik makan nasi campur, tengok lauk-pauknya sedap tapi.. kenapa pekerjanya semua abangla, termasuklah cashier. Bukanlah prejudis tapi, kalau pekerja perempuan Indonesia, Sk masih boleh terima, jadinya, Sk ajak Iman pergi semula restoran yang mula-mula nampak tadi.




Tak pernah dengar nama restoran ni, Gallus by Kelate Kopi. Tentu konsepnya masakan Kelantan.





Kami diberikan buku menu seorang satu tetapi pesanan dimasukkan ke dalam sistem restoran melalui iPad yang diberikan bersama-sama buku menu.




Nasi Kerabu merupakan Signature Dish di Restoran Gallus. Terdapat pilihan ikan, ayam, daging, sotong atau udang. Tapi, cara masakannya semua bukan selera Sk.




Selain nasi kerabu, ada juga pilihan Nasi Ayam dan Nasi Lemak serta menu-menu ala kopitiam.




Bekalan ayam dengan pengesahan Halal dari JAKIM.




Iman makan Nasi Ayam Panggang. Sedap juga, minta ekstra sos pun tak kedekut.







Sk akhirnya pilih Nasi Kerabu Beef. Kecewa pada mulanya sebab ingatkan daging dibakar atau masak goreng kunyit. Tak pernah lagi makan nasi kerabu dengan daging masak kicap tapi bila makan sedap jugak rasa kuah daging tu, bukan kicap semata, ada rasa pedas sikit. Daging dihiris agak tebal tapi tidaklah liat, bolehlah kunyah lagi, hehehe.




Sama biru pinggan dan baju, hahaha.




Nasi Ayam dan Nasi Kerabu
Kami makan duluuuuu ya... jempuit tengok!




Eh, ada lagi... 



Custard Bun.. sedap.. tapi kalau ada kopi panas lagi sedap.




Lepas tu baru tahu, Iman cakap, Restoran Gallus ni la restoran Kelantan dekat Taman Damansara Aliff yang bonda nak pergi tu. Patutlah macam kenal aje nama Kelate Kopi tu. Memang banyak kali nak pergi restorannya di TDA yang berdekatan dengan pejabat Sk tapi selalu tak kena masa. Pernah nak datang pagi tapi restorannya tutup lagi, rupanya yang dekat TDA tu dah tutup dan mereka berpindah ke Toppen sudah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pernah nampak Gallus ni masa pi Toppen beberapa bulan lepas cuma x masuk la..Nasi Ayam Iman tu menarik la...wah...makin cantik Iman sekarang..suka aunty SA tengok dia...

    ReplyDelete
  2. Iman makin glow up la 👍
    Aah la, PH selalu makan pun nasi kerabu lauk daging tu sama ada bakar atau goreng kunyit. But this one lain tapi nampak sedap juga SK

    ReplyDelete
  3. makin manis anakdara sorang tu...
    nasi kerabu pun dah aesthetic skrg ni

    ReplyDelete
  4. Hari rabu memang kena cari nasi ke rabu

    ReplyDelete
  5. mmg jarang la menu nasi kerabu daging kicap...biasa daging bakar or daging goreng

    ReplyDelete
  6. Menu improvisation yg boleh diterimalah kiranya ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!