Assalamualaikum WBT
BERSUA lagi... 😄
Dari Restoran Soto Warisan Kak Eida, kami meneruskan perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan bercadang keluar di Tol Kulai. Sk masukkan dalam waze, Plaza Tol Kulai tapi tak sangkalah pulak, waze ni membawa kami ke Plaza Tol Senai (U) untuk ke Plaza Tol Kulai. Salah faham la waze ni, kami akur sajalah. Tepat jam 10.30 pagi kami masuk lebuhraya ikut laluan smart lane. Tiga lorong dibuka pun tetaplah sesak sebab tu katanya ramai orang luar Johor tak berminat untuk melancong ke Johor sebab lebuhraya dua lorong sahaja, hahahaha.
Cuti sekolah, hadap jer la jammed, nak berjalan sangat, kan. Bayangkan, pukul 10.30 masuk lebuhraya Senai (U), dua jam kemudian baru sampai Hentian Simpang Renggam. Punyalah ramai orang sampai yang nak buang hajat terpaksa beratur sampai ke luar tandas, hahahaha. Tapi, yang sebenarnya, tandas lelaki ditutup dan dibaiki, jadi dia tumpangkan dekat tandas perempuan dengan meletakkan penghadang. Tu yang jadinya kita wanita-wanita ni terpaksa berkorban. Yang lelaki senanglah kot urusannya, tak macam om pompuan, banyak aturannya, tu yang lambat sehingga yang lain kena beratur menunggu giliran, hehehe.
Restoran ni saya belum sampai lagi. Markisa sudah pernah sekali..
ReplyDeleteOrang pempuan jadi 'om pompuan'...?
ReplyDeleteBetul2 johor ni 'ek'?... hehehe
Tengah² lapar dapat makanan yg kurang enak ni auto makan tak habih .. lagi² dapat pulak ikan tak fresh mesti berbau sikit kan
ReplyDeleteJalan jalan cuti sekolah ni kena bertabah hadap jem. Menarik juga kedai makan ni. Tengok nama terus teringat TikTok Rahman Chea yang kelakar tu. hihi...
ReplyDeleteSenang dihidangkan dah siap-siap. Tinggal ambil je. Semua nampak sedap ni masakan kampung. Pulak tu ada ulam dan sambal. Alamak, masakan lemak cili api kalau ikan tak fresh ke atau kuahnya tak sedap, boleh patah selera. Susah nak dihabiskan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete