NASI GORENG CILI PADI SEMAIAN IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH.. Kakak Sk, Angah, telah pulang dari menjalani ibadah umrah malam tadi. Sampai di KLIA tengahari semalam dijemput Cikwa dan terus pulang ke Tanah Jauhar. Cikwa pulak bawa balik sebekas cili padi hijau hasil semaian arwah ibu. Banyak pokok-pokok arwah ibu Cikwa bawa balik ke KL seperti pokok ros dan pokok cili.




Sk ambil secekut cili maka pagi ni terhasillah Nasi Goreng Cili Padi. Cili tu jenis yang pedas-pedas manja. Mula risau jugak takut pedas tapi mujurlah tak pedas sangat. Sk kisar jer, malas nak tumbuk. Bahan kisar, segenggam cili padi, 3 tangkai cili hidup yang dah hampir kecut, 4 ulas bawang putih dan setengah sudu belacan.




Telur Separuh masak wajib la untuk PI. Untuk Iman kita gorengkan telur sebiji. Cukuplah sarapan ringkas jer pagi ni. Petang ni nak keluar ke bank, nak bayar duit kereta Iman untuk bulan yang pertama dari 108 bulan.  Begitulah, orang ucap tahniah dapat kereta baru, padahal kita ni menambah hutang, huhuhu. Nak bayar online tapi tahulah PI tu, oldskul, nak jugak pergi CDM untuk bulan yang ke 1/108 ni, hahahah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. menu sama kak kita pagi ni nasi goreng cili api..malas nak keluar cari sarapan

    ReplyDelete
  2. Nampak macam banyak cilinya.
    Wak takut pedas

    ReplyDelete
  3. Nasi goreng banyak chilj begini yg saya sukaaa 😍😄😄😄. Makin pedas, makin semangat nak makan 🤭👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!