DINNER PIZZA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


BARU siang tadi, tinggalkan komen di Blog Blogger My Life & My Love, pasal pizza, tetiber hari ni Pak Inche kata, dinner nak makan pizza. Iman kata, lain macam 😆. Haaa.. memang lain macam ni, tahulah PI, kalau siang dah makan nasi, malam dia nak makan benda lain tapi jarang-jaranglah dia nak makan pizza. Sk terus semak jadual perlawanan bola sepak melibatkan Pasukan JDT, hurmmm.. patutlah...




Malam ni ada siaran langsung AFC Champions League Elite 2024 - 25 di mana Pasukan JDT akan menentang Shanghai Port. Tu yang PI nak makan sesuatu yang senang dimakan dan mengenyangkan. 




Balik kerja PI singgah Domino's Pizza Pulai Perdana.




12" Hand Tossed Beef Pepperoni (RM47.90)




9" Hand Tossed Aloha Chicken (RM35.90)




Breadstix (RM9.50). 




Dah hidang semua atas meja, Iman kata, ada garlic bread tapi tak ada mushroom soup.




Siapa kata tak ada, terus tenggek periuk mushroom soup atas stove. Mushroom soup dalam tin la tapi, hehehehe.


P/S Tengah syok edit nak besarkan gambar tetiba dengar PI jerit GOLLLL! Fullamakkkk.. gol pertama dari Arif Aiman, syabasssss!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terbaiklah PI
    Ngadap tv sambil ngunyah piza

    ReplyDelete
  2. Alamak trs teringin juak nk mkn domino pizza

    ReplyDelete
  3. seri 2 sama... hebat betul dak arif aiman ni...

    ReplyDelete
  4. patut la lain macam takmo makan nasi ye kak.... terliur lak nengok pizza tu lama tak layan pizza dominos ni

    ReplyDelete
  5. beef pepperoni mmg the best..satu lg BBQ chicken..sedapnya...terbaik team JDT..luaskan kuasamu..

    ReplyDelete
  6. Ooo patutlah lain macam selera Pak Inche. Nak makan yang senang-senang je. Tak sempat tengok game malam tadi. Tengok highlight je. AA score 2 bijik gol.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!