MAKAN NASI GORENG SEAFOOD DAUN PISANG DI RESTORAN JASMIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


BANYAK sungguh gambar makanan dalam galeri handphone Sk ni ha. Apa ke tidaknya, asal makan jer nak kena ambil gambar dulu. Cuba juga tak nak ambil gambar tapi tak boleh, janggal jadinya, hahahaha.




Ikut tarikh pada gambar, 11 Julai 2024, Sk berdua dengan Pak Inche makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang di Restoran Jasmin, Taman Ungku Tun Aminah. Bulan Julai tu, bulan paling busy, tiap minggu travel ke Kuala Lumpur dan ada sekali tu sampai ke Penang. Bulan Julai ni jugak kami banyak travel berdua saja sebab Iman berdepan dengan minggu ulangkaji dan peperiksaan semester.




Dekat rumah pun masak nasi goreng, makan di kedai pun pesan nasi goreng jugak. Istimewanya nasi goreng di sini dibungkus dalam daun pisang. Dulu, kalau nak makan nasi goreng macam ni, kena pergi Stulang Laut, nasinya lebih istimewa kerana digoreng atas kuali rata untuk masak burger tu. Kami dah lama tak pergi makan kat sana malah sejak sebelum viral tentang isu kebersihan pun dah tak pergi sebab dah mula rasa tak selesa dengan suasana di situ.




Pak Inche tu entah dah berapa kali suap dah nasi gorengnya, kitonyo nasi goreng masih berbungkus sebab mencari angle yang sesuai, hahahaha.




Selain nasi goreng, pesan jugak Sayur Chap Chai atau Sayur Campur kegemaran PI. PI kata Chap Chai dia sedap.




Haaa.. baru buka nasi goreng kita!




Gali-gali cari udang, jumpa tiga ekor. Selain udang ada juga sotong. Sedaplah nasi gorengnya tapi kalau pedas lagi umph! Di Restoran Jasmin ni kami lebih suka makan masakan panas goreng-goreng macam ni juga Mee Wantan, kalau nasi berlauk tu, tak mahu dah la.. kurang sedap di tekak kami.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedapnyer
    Warna merah macam pedas amat

    ReplyDelete
  2. rare ni nasik goreng daun pisang.. selalu org buat nasi lemak je dlm daun pisang

    ReplyDelete
  3. Memang istimewa sangat nasi goreng seafood bungkus daun pisang ni. Nampak rupa nasi goreng dia pun macam sedap, inikan makan. Macam menarik pulak panggil Sayur Chap Chai tu. Sayur campur dah biasa dengar sangat.

    ReplyDelete
  4. Saya jadi ingat saat di Aceh dulu banyak nasi goreng dijual pakai daun pisang begini. Di Medan pun sama. Tp di JKT tak pernah ketemu. Mungkin Krn lebih susah mencari daun pisang di jakarta 🤣

    Memang lebih sedap kan, Krn aromanya JD wangiii

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!