JUS MARKISA

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum...


MINUMAN kegemaran Mak Inche dan Pak Inche tapi bukan Iman, hihi. Kiranya minuman untuk orang tualah kot. Iman tak suka sebab biji-biji dalam buah markisa tu la. Kalau jus buah naga tu pun dia tak suka angkara cinta biji-biji tu.


Seronok mengerjakan dua kilo buah markisa yang Sk beli dari kawan lama masa bekerja dengan sebuah private college dulu. Kawan Sk tu kini dah jadi bos tadika dan dah ada kebun markisa. Sekilo RM5 dan fresh buahnya. Bila buah fresh isinya memang sungguh juicy.


Jus Markisa

2 kilo buah markisa
1/2 kilo gula

Cara-cara :

1. Belah buah markisa dan keluarkan isinya, masukkan ke dalam periuk.

2. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.

3. Renihkan sebentar, tutup api.

4. Sejukkan pada suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk.

5. Cedok dua tiga sudu ke dalam gelas dan bancuh dengan air sebelum dinikmati panas atau sejuk.



Tags

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perghh buat sendiri eh... kita slalu minum yg ready made je heheh

    ReplyDelete
  2. Yeah... LeYa pun memang selalu juga buat Jus Markisa ni. Kat dapur pun ada lagi buahnya... Jiran-jiran kat sini yang tanam banyak bagi..

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam
    Dulu wak tanam pokok markisa ni
    Jadi selalulah buat jus
    tapi wak tapis bijinya.

    ReplyDelete
  4. Owh... Kena masak dulu yer.. Saya ingatkan bancuh gitu2 jer.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Tak pernah minum lagi, rasa dia macam mana ya?

    ReplyDelete
  6. Terasa-rasa kat tekak kita air markisa tu, suka sangat!!!

    ReplyDelete
  7. suka sagt minum jus buah ni. menyihatkan n menyelerakan.

    ReplyDelete
  8. Saya penggemar markisa, selalu makan gitu jer atau campur dalam air teh o.

    ReplyDelete
  9. Biasa makan buah tu terus je tulah memang banyak biji-biji dia

    ReplyDelete

  10. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  11. x penah mkn buah markisa fresh... yg air heaven & earth tu ada.. hihi

    ReplyDelete
  12. rindunya markisa johor. rasanya kat kedah takda ayaq lagu ni. haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!