LEBIH MUDAH MERENDANG DENGAN PES RENDANG MAK AYIE

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum...

RENDANG.. adalah antara masakan yang menjadi kegemaran Sk. Masih ingat lagi, duluuuuu, seminggu sekali mesti ajak ibu makan nasi campur di sebuah restoran yang terletak di Taman Pelangi. Asal ke sana, Sk mesti ambil lauk rendang ayam. Kalau pergi mana-mana kedai yang ada rendang ayam, Sk tetap juga teringat rasa rendang ayam di Taman Pelangi tu. Lepas sambung belajar, lama jugak Sk tak lagi makan di sana. Sehinggalah baru Sk sedar, kedai tu dah berganti kedai lain. 

Masa tu tak pandai lagilah nak masak rendang. Rasa macam susah sangat nak masak rendang. Malas sebenarnya, hahaha. Nak kena kupas bawang, gunting lada, kopek halia, lengkuas, hiris serai, buat kerisek, ah.. macam-macam lagilah. Lepas tu semua bahan tu nak dikisarlah pulak sampai halus. Ibu Sk kata, kalau tak halus nanti masa makan, rendang rasa bersabut, hihi.

Tu tak apa, nak merendang bukannya sekejap. Nak nak Pak Inche pulak suka rendang yang kering. Sk pulak suka rendang yang basah. Haha.. nampak tak perbezaannya kami, tapi dari perbezaan tulah datangnya keserasian, gituhhh.

Baru-baru ini, Sk diperkenalkan dengan Pes Rendang Segera Mak Ayie. Terus tak sabar nak mencuba. Bila tengok arahan pada label, kita cuma perlu tambah air dan santan jer tau. Santan pun takyah lah nak parut dan perah kelapa bagai, beli santan kotak jer sudah. Rumah Sk ni memang selalunya ada jer stok santan. Asal ke pasaraya mesti beli dua kotak sebab takut peristiwa nak masak nasi lemak tak ada santan berulang kembali, hahaha.


Rendang Ayam Mak Ayie
Untuk hidangan 5 hingga 6 orang


600 gm ayam atau sebelah bahagian ayam (dipotong kecil)
(A)1 bungkus pes rendang segera Mak Ayie
(B)100 gm air / 1/2 cawan air
(C)100 gm santan / 1/2 cawan santan (Sk guna santan kotak Rasaku)

Cara-cara :
Semudah A B C.. 

1. Masukkan A B C ke dalam kuali, kacau sebati.
2. Masukkan ayam dan masak selama 15 minit atau sehingga ayam cukup empuk.

Siappppp!




Bukan sahaja mudah tapi yang penting sedapppp!
Rasanya memang kena simpan banyak stok dalam kabinet. Senang, bila-bila nak makan rendang, dah tak perlu lagi nak bersedia macam-macam. Dapur pun tak berkecah, kita pun tak penat, hahaha.
Yang paling terharu, rasa rendang ayam ni walaupun taklah sama seratus peratus macam yang Sk selalu makan di restoran tu, tapi tetap mengembalikan nostalgia zaman muda mudi, hihi.

Sk rekomen la anda cuba pes rendang segera Mak Ayie ni tau. 
Tanpa Pewarna, tanpa pengawet, tanpa kolesterol dan tanpa MSG
yang penting mempunyai sijil Halal dari JAKIM.

Jom beli Pes Rendang Segera Mak Ayie, mudah, sedap, berbaloi-baloi!!

Klik link di bawah jom




Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. skrg nak masak rendang pun dah senang kan...
    nak masak apa pun semua pes aje ;)
    cuma malas n rajin je nk masuk dapur hahah

    ReplyDelete
  2. Semua dah mudah sekarang...tapi SA suka masak rendang follow step by step proses sendiri..kalau kat rumah seremban la banyak jer bahan. Kalau kat rumah sewa biasanya guna pes...

    ReplyDelete
  3. Macam terbau la rwndang tu SK.. Sekrang dah macam raya la.... Hihihi
    Macam nak merendang jugak ah

    ReplyDelete
  4. Wow.. pes nama member sayaa.. x pernah dengor ekkk. niceee..leh mintak mak try...

    ReplyDelete
  5. Hari AD ade cuba pes rendang keluaran barangdapurbasah..sedap! cukup segala rasa
    kali ni nak cuba yg ni la pula

    ReplyDelete
  6. Perbezaan itu la datang nya keserasian , wah wah..romantic :)

    ReplyDelete
  7. Samalah kita, suka makan rendang basah-basah siki. Nanti bolehlah cuba pes ni sbb belum pernah guna pes buat rendang.

    ReplyDelete
  8. Nak try laa beli.. sekarang kalau guna segera hanya guna rendang bonda rozita tu jee..

    ReplyDelete
  9. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, terima kasih review ikhlas bagi pihak kami

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!