Assalamualaikum...
MEE Berkuah merupakan antara makanan kegemaran Pak Inche. Mee Hailam, Mee Bandung, Mee Racun, Mee Sizzling, apa saja mee yang berkuah. Kalau ke Pasar Tani di Taman Sri Pulai, suka beno dia membeli Mee Siam Kuah atau juga dikenal sebagai Mee Siam Singapore. Ada juga yang menggelar Bihun Singapore.
Lama dah SK tak masak Mee Siam Singapore ni. Alaaa.. dulu pun rasanya cuma sekali dua jer Sk masak. Sk memang lebih suka masak nasi berlauk, lagi senang kerja berbanding masak mee ni banyak sangat cekadaknya walaupun semua dimasak dalam satu kuali.
Baru-baru ni, nampak kawan pejabat, Naza post gambar Mee Siam Singapore masakan emaknya. Bila Sk bertanyakan resepi, emak Naza beritahu, caranya macam masak sambal tumis, letak kacang tanah kisar sikit dan tauchu yang dilenyek dan tauchu yang kasar. Hampir sama caranya dengan kuah mee siam yang Sk pernah buat sebelum ni, cuma Sk tak letak tauchu.
Cari Bihun Cap Bintang tapi tak jumpa. Bihun Faiza pun tak ado. Ada jenama XX yang bagi SK agak mahal. Mahal sebab bihunnya dichap satu portion, satu portion, sebungkus cecah RM6. Jadi, Sk ambillah satu-satunya yang ada, jenama X tapi ... hurmmm... cepat betul lembut bihunnya walaupun cuma direndam guna air paip. Lepas tos tu okay lagi, tapi lama-lama ia semakin lembut. Hasilnya bihun yang putus-putus, tak cantik... tapi nasiblah sedap, kahhhh.
Sk dan Iman makan dengan telur dadar bergulung. Iman mulanya kata, tak nak makan dengan kuah, nak makan gitu-gitu aje. Tapi, nak cuba sikit la yang berkuah. Lepas tu, terus pulak makan berkuah. Yang kelako, dia pesan masakkan kuah baru untuk mengulang sarapan esok. Sedap pulak kata dia, haha.
Pak Inche pulak, nak makan dengan telur rebus. Merebus telurlah sekejap kita padahal semua dah siap terhidang atas meja.. begitulah.. rambut pun dah tak sama hitam, apalagi selera, ya tak?
Cara Buat Mee Siam Singapore ni senang aje. Goreng jer bihun mengikut citarasa kita. Lepas tu masaklah kuahnya, Cara masak kuah, macam kita masak sambal tumis. Bila dah jadi sambal tumis kita tu, letak kacang tumbuk sikit, letak tauchu lenyek dan tauchu yang tak dilenyek, jangan banyak, nanti masin pulak, hihi. Lepas tu, letaklah air secukupnya. Kuahnya cair macam sup tapi janganlah cair sangat ya. Masa nak makan tu, perahlah limau kasturi, bagi lagi aummm.
Selamat mencuba 😍
Dulu saya hanya kenal mee siam dalam buku SRT.Masa tu macam pelik kenapa ada kuah.Teringin nak cuba tapi rasa pernah sekali jer kot zaman muda dulu.Now bila tengok SK post,keinginan ru datang kembali
ReplyDeleteSaya pernah makan mi siam, pemberian kawan bos saya (orang johor) kuahnya di rencah dengan udang kering.
ReplyDeleteFirst time saya tahu mee siam singapore. Rare makan dengan kuah.
ReplyDeleteFirst time tgok la SK...nampak sedap tu..sama la SA pun suka mee2 yang berkuah bagai ni
ReplyDeleteTak pernah makan Mee Siam ni SK. Nampak gaya nak kena cari resepi ni. Tergoda haha
ReplyDeleteKalau yang kering biasa makan. Tapi yang berkuah ni bahru tahu juga sebenarnya.
ReplyDeletenice betul!
ReplyDeleteMananya tak sedap
ReplyDeletedari siam sampai ke singapor
Makan kat JDT
semua nampak sedappp
ReplyDeletekerja sambilan
bisnes modal kecil
perfume Malaysia online
perfume kereta
Santan
ReplyDeleteAgar-agar santan
Sedap ni.. Biasa juga makan bihun Singapore.
ReplyDeleteumum mengetahui, kain batik ialah salah satu produk kraftangan tradisional ( batik Malaysia ) paling popular di malaysia
ReplyDeletebawal satin printed menyerlah keayuan gadis
ReplyDelete