Assalamualaikum...
REZEKI dalam hujan, dua kali bercuti ke Muar, dua kali hujan turun mencurah-curah waktu senja membawa ke malam gelita. Hajatnya, nak menjamu selera di medan selera terbuka berhampiran perhentian bas Bandar Maharani tapi apakan daya. Dah terbayang sate dengan bubur nasi berlauk kangkung goreng belacan. Dah terasa mee bandung dengan otak-otak.. hahaha.. macamlah di JB (baca Johor) tak ada otak-otak ya, hihi.
Kenapa kena baca Johor?
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca yang bukan Johorean, orang daerah lain di Johor ni, terutama orang lama, mereka tak panggil daerah Johor Bahru - Johor Bahru, tapi disebut Johor. Contohnya, kalau kita berada di Muar dan mereka tanya kita dari mana, kita akan sebut Johor.. gituuu.. hahaha.
Teringat pulak seorang kawan kolej Sk dulu yang tinggal di Kulai, kami selalu kenakan dia sebab bila nak ke kuliah, dia akan sebut nak pergi Johor. Jadi, kami selalu cakap, Kulai tu kat negeri mana? hihi.
Disebabkan hujan macam tak mahu berhenti, kami memilih untuk makan di Restoran Muar Soup House. Sebenarnya dah beberapa kali juga plan nak makan di Muar Soup House ni, tapi selalu tak kena timing. Hujan punya pasal, dapatlah kami makan di sini. Ingatkan adalah orang bakar-bakar sate kat sini, tak ada rupanya. Nanti kena cari sate kat Johor nampaknya.
Jadi, bila dah ke sini, wajiblah memesan semangkuk sup kambing, haha. Sup didatangkan dengan dua saiz, kami pilih mangkuk kecil, ni pun banyak dan puas dah makan isinya. Boleh pilih sama ada nak makan dengan nasi putih atau roti. Pak Inche minta roti, Sk menikmati sup begitu sahaja... sebabnya? Kenalah baca sampai habis, hihi.
Supnya sangat sedap.. sangat sedap di tekak Sk. Terus lupa mee bandung ke, sate ke.. otak-otak ke.. hahaha. Walaupun sup mamak rupanya, tapi tak ada rasa mamak.
Aaaa.. cemana rasa mamak tu???
Yannadeiiii... ammakkkkk!
Sebaik sahaja duduk di meja, terus nampak ada Nasi Daun Pisang di meja sebelah. Pak Inche makan sebungkus, Sk sebungkus. Tu yang tak makan sup dengan roti dah. Nasi lemak pun sedap, cuma sejuk selap sebab hujan kot.
Iman tak nak nasi lemak, dah lama tak makan Maggi Goreng Mamak katanya. Nak maggi goreng dengan telur mata, siap pesan kuning telur tu nak keras. Iman tak makan telur kuning cair, nasib baik yangcair tu taklah banyak sangat, bonda suka kuning telur cair, yey yey!
Eh, maggi goreng dia pun sodap!!
Lepas makan, jalan-jalan sekejap di Uptown, depan jer dengan Muar Soup House ni. Uptown di sini berbumbung luas yang memang disediakan oleh Majlis Perbandaran Muar. SOP memang terjaga, sampai tiga kaunter disediakan untuk imbas MySejahtera dan ambil suhu badan pengunjung.
Muar Soup House
47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor
Telefon 016 6655786
Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am
wah menarik je tgk walaupun menu baisa tapi kalau rasa cukup lengkap pasti sedap
ReplyDeletedah lama gila x ke muo...
ReplyDeletersa x silap zaman sekolah2 je smp sana, itupun sebab ikut arwah abah ada keje kat situ..
ni dah besar2 ni dah jarang nak masuk smp pekan muo...
slalu singgah sempadan je la kat pagoh sbb nak masuk batu pahat heheh
Haah la..lamanya tak makan maggi goreng...
ReplyDeletenampak sedap sup kamping tu :)
ReplyDeleteKali terakhir sampai Muo masa balik dr konvo Adah.Bawa mak makan mee bandung &ABC
ReplyDeletesedap sangat tu sup kambingnya...
ReplyDeleteAduh, teringin nasi lemak daun pishanggg la plak... Hoho... Nasib dah siang hari.. leh carik nanti ni.. Kah!!
ReplyDelete
ReplyDeletepermainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
WA: +855 1537 3217
betul tu kak SK, kalau je JB akan sebut Johor je. Jarang ke Muar tapi kalau ke Muar wajib makan mee bandung muar :)
ReplyDeletesuka telur kuning cair juga... sedapppp
ReplyDelete