NASI AYAM KEGEMARAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

DI SANA sini, asyik cerita pasal isu ayam tiada di pasaran. Lepas balik bercuti raya hari tu pun, masa kami ke Lotus, tak ada ayam kecuali beberapa ekor 'Ayam Nanas' yang dibungkus seekor-seekor dan diletakkan dalam peti sejuk. Nasib baiklah, entah stok ayam beli bila, jumpa dalam peti ais, yang Sk masak Ayam Sambal tu.

Iman beritahu Pak Inche, dia nampak ada aje ayam dalam tong oren depan kedai runcit sebelah Bismi Curry House. Jadi, Sabtu pagi, Pak Inche ke sana cari ayam.. dapat tangkap dua ekor. Selain ayam, Pak Inche beli salad, timun dan tomato. Aik, macam nak suruh masak nasi ayam aje, teka Sk. Dia senyum-senyum, hurmmm.. betullah tu. Tapi, Iman kata, dia dah bosan duduk kat rumah hari-hari. Jadi, simpan semua ayam yang dah dibersihkan dalam peti ais, tak jadi masak nasi ayam hari sabtu, tapi masak hari ahad, lepas balik kerja.


Sampai jer rumah, terus masukkan ayam yang telah di - defrost Iman, dalam periuk noxxa bersama seketul besar halia yang diketuk. Set pressure 20, tinggalkan pergi mandi. Siap aje ayamnya, terus keluarkan dan masukkan dalam air berais untuk hentikan proses memasak. Sementara tu, cuci beras tiga pot, masukkan air rebusan ayam tiga pot yang sama, masukkan halia dari air rebusan tu dan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Sekarang semua bahan mahal, kena jimat-jimat, guna jer halia yang sama, hahaha. Iman pulak sediakan salad, timun dan tomato. Ayam tu Sk perap dengan 2 sudu minyak bijan, 2 sudu madu dan 5 sudu kicap cair.


Sos perapan pada ayam tu, tuang semula dalam mangkuk. Untuk sos lada, Sk guna 5 biji lada hidup dan seinci halia, kisar sampai halus, kemudian masak atas api atas pantauan Iman. Suruh dia tambah air rebusan ayam secukupnya. Sk masukkan garam secukupnya, 2  1/2 sudu gula, jus dari 3 biji limau nipis dan 2 sudu cuka. 


Tak ada guna bawang sebiji pun. Pun dah sedap sangat sampai menambah-nambah nasi Pak Inche-nya. Sekarang ni, kalau nak masak nasi ayam, guna jer ayam yang dah siap potong. Dulu kemahen, beli ayam seekor nak buat macam kat kedai. Sudahnya penat kemas lap dapur sebab percikan air ayam bila kita nak potong-potong ala kat kedai tu, hahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wuuu ni la menu paling sedap bila dah teringin...

    ReplyDelete
  2. ammi kalau buat nasi ayam suruh orang kedai potong 4...tak reti pakai sekor besar tu.

    ReplyDelete
  3. Lengkap set nasi ayamnya. Kak Amie nak tumpang hirup sup kaki ayam tu...sluurrppp sluurrpppp!

    ReplyDelete
  4. Rasa macam dah lama plak x makan nasi ayam buat sendiri...eh...kena buat la macam ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!