BERBUKA 4 PUASA DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU & FOTO BERSAMA RAKAN MEDIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

NAMPAKNYA sepanjang bulan puasa ni kena hadaplah limpahan kenderaan atas jalanraya dua kali ganda berbanding bulan lain. Semalam, Sk keluar rumah 6.40 pagi dan sampai lewat tau.. entah kenapa tah, jalan dah mula sesak sebelum melepasi jambatan Sungai Perling lagi. Tu tak pe, nak turun fly over masuk ke Jalan Skudai pun dah merangkak. Mujurlah pagi ni tak sesak macam semalam, itupun Sk pusing sampai hujung Taman Pulai Mutiara bagi mengelakkan kesesakan di persimpangan lampu isyarat di simpang empat tu. Sk syak, banyak pejabat atau tempat kerja yang memberi pelepasan staf pulang awal dengan syarat masuk kerja awal. Tu yang penuh kereta kat jalan walaupun awal pagi lagi, agaknya laaa.. pandai-pandai aku jer, ahahaha.


Ni cerita hari Ahad lepas, Sk anak-beranak berbuka puasa di GBW Hotel Johor Bahru kerana mendapat undangan Media Preview 'Selera Warisan Meldrum Ramadan Buffet'. Memandangkan undangan berbuka puasa tu untuk 2 pax sahaja, jadi, kita beli satu tiket early bird dewasa. Tak boleh tinggal la salah satu memandangkan semua ada kat rumah, kan.. hihihi. 


Kalau hari semalamnya (Sabtu), Sk memulakan berbuka dengan Nasi Arab Kari Kambing 28 Hari di Media Preview Bufet Ala Bazaar 28 Hari @ Pulai Springs Resort, jadi kali ni, Sk nak mulakan dengan makan nasi putih dan lauk-pauk... Kambing Gulai Kawah, Udang Masak Lemak Cili Padi, Kupang Masak Merah Berserai, Sambal Sotong Petai dan Sayur Lemak Nenas Ikan Masin serta Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Syahdu betul ya, nak nak makan guna tangan.. sedap-sedap semua lauk yang Sk ambil tu. Kalau makan nasi putih, wajiblah ambil ulam dan kerabu, kurma jangan dilupa, sunah nabi tu berbuka dengan kurma.


Masa Sk ambil makanan, tak nampak pulak dua beranak tu, rupa-rupanya dorang dok aim, Nasi Lemak Kukus Bonda dengan Ayam Goreng Berempah. Pak Inche kata, tak boleh tahan tengok sambal nasi lemak dia, bukan sambal kosong ya tapi sambal kepah, tebal-tebal isinya. 


Iman tambah Udang Masak Lemak Cili Padi. Kemudian kami ambil dessert juga, macam Sk beritahu semalam, dessert di Selera Warisan Meldrum ni, terlalu banyak ya.. jangan lupa ambil setiap jenis dessert tu.. tak pe.. tak pe... nanti lepas 30 Syawal baru diet semula, hahahaha. Banyak kali jugaklah bangun duduk, makan itu ini.. Surau di GBW Hotel ni terletak di Tingkat 7, boleh solat dahulu sebelum sambung makan.


Tak menahan tengok husband Aleya dua round makan Mee Goreng ni. Aaaa.. patutlah berulang dia ngambiknya, sedap Mee Goreng Kawah ni, kalah pasar malam. Sk suka jugak mee yang kering-kering macam ni sebab dia macam kenyal-kenyal tau.


Lama tak jumpa Farah Huda.. kadang ada event Sk pergi Huda tak ada, event yang Huda pergi, Sk pulak tak ada. Tapi, Huda rajin reply stories Sk, jadi kita selalu berhubung cuma tak boleh nak peluk jer la, hahaha. Nampak tak kemahen gembiranya jumpa Huda.. hahaha.


Kim Kardashian.. eh sorry.. Krystal Kim.. rakan blogger.. sekali dalam gambar ada pulak orang ketiga, hahaha.


Ni foto bersama Charlotte @ Pulai Springs Resort dan rakan JDT Blogger masa Media Preview Bufet Ala Bazaar 28 Hari. Dari kanan, HerneeNazir, Siti Suziana dan Eda Kisah Diary.


Ni semua kawan-kawan Pak Inche dari Media Cetak iaitu Star dan Media Prima. Terima kasih Charlotte sebab tak pernah lupa jemput kitorang makan-makan, hehehe. Hurmmm.. naik ya berat badan Sk ni, tu pergi beberapa media preview jer dan makan pun berjaga, elakkan makan dessert terlalu banyak, tapi kalau tak makan nanti menyesal pulak, hahahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Makan, SK, jangan tak makan. Rejeki jangan ditolak.
    Kurus je SK saya tengok, yang bergambar dengan Huda tu. :)

    ReplyDelete
  2. Waaa...syok ooo dapat buffet ramadhan...rambang mata dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Selagi ada jemputan pergi je SK..bukan senang nak dapat buffet ramadhan walau lepas tu kena buat kerja

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!