GELANG PAPER CLIPS DE AURORA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


SEBELUM periksa akhir semester hari tu, Iman kata, dia rasa tajam-tajam dekat pergelangan tangan. Kemudian baru dia perasan, satu ikatan gelang lipan di tangannya dah terputus. Mujur putus sikit aje tak jatuh terus. Tulah akibatnya suka sangat tidur dengan kucing. Sedap tidur tak sedar si kucing gigit gelang. Dari sehari ke sehari nak pergi cari pengganti tapi ada jer halnya. Tengok gaya memang tak boleh nak sambung sebab gelangnya pun dah kemik sana-sini. Korek-korek apa yang ada untuk tambah-tambah 🥹.


Pilih... Pilih..
Nak semua, dia kata!


Memang rambang mata, tapi kenalah ukur baju di badan sendiri. Iman dari dulu teringin nak gelang pandora tapi kat De Aurora tak ada custom made, semua ready made. Yang ada semua ngam-ngam jer saiznya, kalau letak charm terus tak boleh pakai.



Rekaan viral sejak tahun lepas, paper clips. Gelang yang atas tu mahal sikit dari yang bawah, sebab ekslusif item. Beza RM15 segram.


Yang paling atas, hard ware. Ketiga-tiga ni padu dan tahan lasak berbanding gelang yang Iman pakai sebelum ni. Tu yang kemik-kemik dan boleh putus.


Masa ni dilema jugak nak yang mana.. dilema tu sebab nak tengah tapi yang tengah tu mahal RM15 segram kan. Kalau tak pilih, karang asyik teringat.


Okey, dah buat keputusan dan dah siap bayar, tak boleh berpaling lagi. Trade in gelang lama dan kena melabur sikit la.


Ajak staf yang layan kami ni bergambar. Tak susah pun layan kami ni sebab kami tak cerewet. Oh, baru perasan kali ni tak ada peruntukan masa untuk membeli. Tapi, memang tak lama pun kami pilih.


100 pelanggan pertama dapat hamper sempena hari pertama pembukaan De Aurora cawangan Gelang Patah.


Sukalah dapat gelang idaman. Memang Sk bagi dia buat keputusan sendiri dan dalam masa yang sama Sk memang dah berkenan dengan pilihan dia tu.  Jangan bagi kucing gigit lagi gelang awak tu, Iman. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lucky you Iman, dpt gelang & hamper sekali 🤩
    Tambah RM15/g takpe kot SK, sbb nak trade in...done 'cucuk' haha ..

    ReplyDelete
  2. Wah...bertuahnya Iman..cantik gelang paper clips tu...jaga elok2 tau...

    ReplyDelete
  3. Berseri-seri wajah anakanda Iman dapat gelang idaman. Seronok kan Iman pakai gelang baharu.

    ReplyDelete
  4. Cantik, gelang baru. Betul, tak boleh duduk lama-lama, test macam-macam. Lagi lama, lagi susah nak buat pilihan. :)

    ReplyDelete
  5. Mami pun berkenan dengan gelang baru iman tu. Haritu masa sofea baby, ade belikan dia gelang paperclips camtu tapi pandora punya. Dia duk hisap² gelang tu, jadi x shining dah kene ailio dia 🤣. Kelam jadinya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!