Assalamualaikum WBT
SELEPAS seminggu ditayangkan, barulah berkesempatan untuk menonton filem Imaginur. Ni pun layankan dak Iman la, dia kata tengok review semua kata, best sangat. Iyer la tu.
Macam selalulah, emak Iman nak tengok wayang takdenya dia nak beli tiket mahal-mahal ya. Silalah bersiap pagi-pagi demi mendapatkan tiket murah, haha. Sebelum ke Paradigm Mall, sarapan roti telur sorang sekeping kat Restoran Thoufeeq. Air kongsi, hehe.
Tiada pilihan Premiere Hall macam masa tonton filem Harum Malam, ada hall biasa aje. Tiket RM13, boleh makan tengahari untuk dua hari kat Kantin Kak Sab. Tapi, kalau fikir nak guna duit tu untuk beli makan tengahari tak dapat pulak tengok muka Beto Kusyairi di layar besar, ahahaha.
Heronya Beto Kusyairi, heroinnya Diana Danielle (Datin).
Imaginur adalah sebuah filem terbitan Lumatic Films yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha, pengarah dari filem KIL dan Terbaik dari Langit. Filem ini bakal mewarnai sinema tanah air pada 23 Februari 2023. Pada tahun lepas, filem yang dibintangi Beto Kusyairy dan Diana Danielle ini pernah ditayangkan di New York Asian Film Festival.
IMAGINUR
Genre: Romantik Sci-fi
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023
Idea Asal: Redza Minhat
Skrip: Redza Minhat, Nik Amir Mustapha
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Produksi: Lumatic Films
Lagu Tema:
Hasrat - Amir Jahari
Nur - Takahara Suiko (Viona)
Watak Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Zuhal
Diana Danielle sebagai Nur
Nadiya Nisaa sebagai Isma
Dato’ Afdlin Shauki sebagai Dr Ramli
Meor Hashim Manaf sebagai Bapa Zuhal
Dato Rahim Razali sebagai Lelaki Tua
Fatimah Abu Bakar sebagai Wanita Tua
Takahara Suiko sebagai Yumi
Ruzana Ibrahim sebagai Yazmin
Pekin Ibrahim sebagai Tunang Yazmin
Anas Ridzuan sebagai Mat Kritik
Sinopsis
Mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpi Zuhal.
Pada satu hari Zuhal terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba mengejar wanita yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Usai sedar Zuhal berada di sebuah hospital di sisi bapanya yang menghidap Alzheimer. Di situ dia telah diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar hipnosis untuk merawat masalah yang dialaminya.
Ketika ke pasar raya bersama bapanya untuk membeli barang, Zuhal terserempak bekas teman wanitanya yang kini menjadi tunangan orang.
Saat dia berkonfrontasi dengan bekas teman wanitanya, dalam dia tidak sedar bapanya telah hilang. Zuhal telah pulang ke rumah tanpa bapanya di sisi sehinggalah disedarkan oleh adiknya iaitu Isma.
Menyedari hidupnya makin kusut dengan situasi yang berlaku, Zuhal nekad bertemu pakar hipnosis di sebuah pusat bernama Hypnotica milik Dr Ramli.
Selepas bertemu Dr Ramli, Zuhal seakan tidak percaya dengan penerangan Dr Ramli yang agak mengelirukan dan dia rasa seperti telah ditipu oleh 'scammer'. Namun dia tetap meneruskan sesi itu selepas terjumpa kelibat Nur di sana.
Adakah Nur sebenarnya wujud atau hanya imaginasi Zuhal semata-mata yang larut dalam sesi terapi bersama Dr Ramli?
Ada yang suka, ada yang melebih-lebih suka, ada yang tak suka dengan filem ni. Bagi Sk, plot cerita ini bagus cuma pengakhirannya agak mengelirukan. Macam... kita nak kena teka, Do dengan Minah, siapa mati dulu??? Satu lagi, dalam poster ni katanya mereka edit Beto pegang tangan Diana sebab Beto tak nak pegang tangan perempuan, tapi pelik, berpeluk boleh pula. Ke, Sk yang salah faham?? Hahahaha. Saja gambar poyo kat poster, bukti hadir!
Iman kata, lama tak makan kat A&W. Sebenarnya, lama teringin Float A&W tu yang tak akan jumpa di mana-mana. Kalau float, A&W jugak yang tersedap dan mesti dine in la supaya boleh minum dari mug kaca dia yang beso gedabak tu. Sambil makan, Sk cerita dengan Iman, dulu.. kalau nak makan A&W kena tunggu nenek gaji. Zaman tu, A&W ni cuma ada satu cawangan jer setahu Sk iaitu di Plaza Kotaraya. Kalau Mc Donald tu memang jarang-jarang sangat pergi sebab kena naik dua bas. Masa tu, McD cuma ada di Holiday Plaza. Teringat dulu-dulu, kalau nak beli makanan kat Restoran Fast Food ni, memang wajib cakap omputeh ke apa, kan.. punyalah hafal dialog.. dine in la.. snack plate la.. risau tersasul, hahahaha. Nostalgia sungguhhhh laaaaa!
Kalau ke A&W, pilihan Sk biasanya Coney Beef (dulu nama dia Coney Dog kan? Ke.. bukan?? Hahaha. Okay, tapi kali ni, SK pilih Mozza Burger, nak sebut pun kena sebut cam ni, Mozzzzaaahh Burger. Iman pulak nak makan Ayam Korea.. baru Sk tahu ada menu Korea sekarang di A&W. Mozza Burger dan Ayam Korea tu kami ambil set dan upgrade ke twister fries dan add-on float, kemudian Sk tambah Coney Cheese Fries, jumlah RM58.CC. Tak tahulah nak kata, dah mahal ke makanan kat A&W ni cuma bagi Sk standard la sekarang makan kat restoran di mana-mana mall bajet satu kepala RM20 untuk makanan dan RM10 untuk minuman. Tu belum lagi jumpa makanan aje dekat RM30 dan air sampai 18. Nak selamat, pilih air mineral, hahahaha.
Ooo..ni la yang Cella dok sebut nak pi tengok wayang ni..Dia dok ajak mak dia..mmmm..mak dia memang dak la..tengok TV pun jafi TV tengok tuan🤣
ReplyDeletenak ajak waled dating la tgk wayang ni...anak kat kg umiwaled terus rasa muda remaja
ReplyDeleteWah... semua orang dok sebut2 pasal cerita ni....
ReplyDeleteWak nk bgtau je nih, a&w indon ni x halal.. huhu
ReplyDeleteTringt dulu kes manager kfc kat holiday plaza jb tu kene bunuh dgn bangla
Baca sinopsis Imaginur itupin macam rasa belit-belit cerita macam umpama mimpi dalam mimpi.
ReplyDeleteAla sayapun lama tidak pergi A&W. Cawangan tidak banyak jadi kadang-kadang tidak ingat.