MAKAN DI KOPILOCO DENGAN IMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum...

DI TANAH JAUHAR ni, popular dengan makanan hari raya. Sk pulak, tergolong dalam mereka yang gemarkan makanan hari raya. Tak raya pun, ada jer kedai yang menjual makanan hari raya. Konsepnya macam, hari-hari hari raya, gitulah.Tak perlu jadi kaya pun, cukup ada RM7 dah boleh menikmati makanan hari raya seperti lontong yang merupakan juadah tradisi di Johor setiap kali Aidilfitri dan Aidiladha. 

Walaupun begitu, lontong sahaja, bukanlah pelengkap hidangan raya. Sepatutnya, kena ada lemang, lepat, burasak, lo'e, rendang dan asam pedas ikan parang, haaaa.. barulah lengkap hidangan hari raya. Jadinya, semalam, Sk ajak Iman makan tengahari di sebuah restoran yang bertemakan 'Hari-hari Hari Raya'. Restoran ini dikatakan lengkap dengan semua hidangan yang SK sebutkan di atas.

Sayangnya, tak ada rezeki nak makan makanan hari raya. Cuma ada lemang dan ketupat palas. Maknanya tak adalah lontong dan hulubalangnya kan. SK ni kalau boleh nak tengok semua depan mata dan pilih, tapi dah tak ada, nak buat macam mana, kan. Kecewa sikit la, tapi taklah sampai nak cari batu belah batu terlangkup, hahahaha.


Disebabkan tak ada idea dah nak makan di mana, Sk mengajak Iman menyusuri Jalan Dhobi. Nampak Restoran Hua Mui. Lepas tu, teringat, Iman komplen maknya asyik keluar makan dengan babah tak bawa dia. Jadi, SK ajak Iman ke Kopiloco.  Lalu depan IT Roo, Iman kata, makan kat IT Roo pun boleh. Takde, takde, hari tu dah komplen, kan.. meh kita pergi Kopiloco jugak. Kali ni SK pilih Air Barli Panas. Macam tak ada rasa nak mengopi.


Kelakarnya Iman, salah tulis kod minuman. Terpampang kemahen besar kod Signature Kopiloco tu, tapi boleh pulak dia tertulis nombor lain. Kod yang Iman salah tulis tu, Kopi O Ais, hahaha. Nasib baik sedap kopi o nya. Sk cakap, baguslah, karang salah minum susu, sakit perut pulak.


Roti Bakar, wajiblah ada. Iman suruh makan sebelah, SK tak nak. Sk kalau makan roti bakar, petang atau pagi jer. Kalau tengahari, macam tak ada rasa nak makan roti bakar. Aik! Tadi, tak ada rasa nak mengopi, ni tak ada rasa nak makan roti bakar. Rasa pelik, tak?


Tak pelik pun, sebab Sk rasa nak makan Kuey Teow Goreng Seafood. Kalau makan di Kopitiam ni, jarang ada rasa nak makan nasi walaupun ada hidangan nasi berlauk (bukan nasi campur). Kalau ada nasi campur, tentulah itu yang Sk pilih dulu. Oh, kuey teow dia rasa kosong walaupun ada sotong dan udang. Jadi, lain kali datang sini, tak nak lah ambil kuey teow goreng. Iman kata, Kuey Teow Goreng kat TI Cafe lagi sedap. Ah, kuey teow kat kafe kolej Sk pun sedap, ni bukan tak sedap tapi rasa kosong. Nasib baik ada cili jeruk tu.


Iman makan Nasi Goreng Kampung. Set nasi goreng kampung ni, datang bersama Ayam Goreng. Ayamnya disalut tepung, tak macam yang Pak Inche makan di Oriental Kopi tu, bersalut rempah. Nasi goreng tak sama macam dalam gambar. Dalam gambar, nampak bentuk mangkuk lagi, portion seorang makan. Tapi yang dihantar ke meja ni, selambak penuhhhhh dalam pinggan tu. Sedap teruk nasi gorengnya, yang ni Iman kata, lagi sedap dari TI Cafe. Jadi, ada pro dan kontra.

Agaknya dah kenyang makan roti bakar, Iman cuma makan separuh jer nasi goreng. Tapi, Iman kata, selalu boleh aje dia makan roti bakar dan satu main course lain, hahaha. Memang banyak betul nasinya tu. Jadinya, separuh lagi tapau, panaskan untuk makan malam. Kuey teow SK tu pun macam tak habis dah, tapi SK paksa jugak habiskan. Sk, kan.. jarang-jarang makan tak licinnnnnnn. Oh,ya.. untuk maklumat, 'loco' tu maksudnya gila.. jadi Kopiloco tu ertinya, 'Gila Kopi.'

Balik dari Kopiloco, singgah pulak Salahuddin Bakery.

Syukur Alhamdulillah 😍

Kopiloco

64 & 65, Jalan Tan Hiok Nee, 
Bandar Johor Bahru, 
80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 017 7646412

Buka setiap hari
7.30 pagi hingga 5.00 petang


Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooooo... sampai penghujung cerita baru tahu gila...kopi gila...gila kopi hihihiii.

    ReplyDelete
  2. Uish pengemar kopi wajib lepak sini. Sedap je tgk makanan dia. Kata orang yg tgh lapa. :)

    ReplyDelete
  3. Shout out untuk penagih kopi macam uncle!

    ReplyDelete
  4. Alaaa...trus rasa nak minum kopi ha...nampak sedap plak kopi si Iman walau salah kod order...tapi pagi dah minum kopi so petang x mo la minum kopi..banyak plak kafein dalam badan hari- hari

    ReplyDelete
  5. kopiloco ni belah mana kak? Area bando juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah edit alamat, hehehe

      Kopiloco

      64 & 65, Jalan Tan Hiok Nee,
      Bandar Johor Bahru,
      80000 Johor Bahru, Johor

      Tel : 017 7646412

      Buka setiap hari
      7.30 pagi hingga 5.00 petang

      Delete
  6. Memang nampak sedap sangat nasi goreng kampung tu, tengok pun terliur :D

    ReplyDelete
  7. Tadi dah sebut gak dengan Sunag kopiloco ni, tapi sebab takde rasa nak ke bando, so makan aje laa apo ado hahahaha

    ReplyDelete
  8. Kopiloco tu dah macam terulang2 pula dalam kepala ni..🤣
    Bestnya ada tempat jual semua makanan raya.Tapi tak bestnya bila semua yang kita nak tak ada🤭

    ReplyDelete
  9. kena order kue teow la makan malam ni. nampak sedap bebenar tu..

    ReplyDelete
  10. Sebut lontong, tak sempat nak merasa balik haritu. Kelam kabut semuanya. Asal akak up gambar makan mesti nampak sedap sedap je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!