KISAH PETI SEJUK BARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
18

Assalamualaikum...

nak jugaklah tulis kat blog kita untuk ingatan akan datang. Blog ni kan macam diari jugak, bila kita baca balik, barulah teringat sesuatu peristiwa. Kadang-kadang macam, oh.. oh.. ini ke yang jadi masa tu??... bila baca balik apa yang kita blog, hahaha.

Okay, sebenarnya SK ni jenis yang selama ini tak kisah pun pasal harta benda Ahmad Albab dalam rumah ni. Janji benda-benda penting ado. Brand apa, besar mana, terima jer seadanya. Tapi kalau boleh tak mahulah yang cap ayam, minggu ni beli, minggu depan dah jahanam. Nak la jenama yang dah dipercayai turun temurun. Macam arwah abah dulu, seboleh tidak barang elektrik nak pakai jenama Singer menawan keluarga bahagia. Ubat gigi nak jugak darkie, ubat ketiak nak jugak odorono, ubat nyamuk mesti sheltox ko, hahaha.

Sk mula berangan peti ais besar bila tengok rancangan Pung Pang Rizalman tu la.. hahaha. Dia punya peti ais, dah macam peti ais kat kedai acheh. Terbayang bestnya ada peti ais besar yang macam-macam ado. Tak perlu lagi stress memikiokan macam mana nak susun barang yang bertingkek-tingkek. Lepas tu nak keluarkan barang dah macam cari harta karun. Tu takpe, jenis yang tak menyabar, dia pakai tarik aje, habis yang depan semua berterabur 😡😡😡

Sk cubalah mengendeng dengan Pak Inche.. dia cuma hurmmm.. hurmmm. Macam sedih aje jawapannya, hahaha. Dan Sk pulak, bukanlah jenis memaksa. Gosok-gosok pun tak, ado.. adolah.. tak ada, nak buat macam mana. Tu yang terkejut bila dia terus setuju nak beli peti ais bila SK kenakan syarat jika nak jalan-jalan masa cuti Krismas lepas, hahaha. Lepas tu, dia terus suruh cari nak model apa. Sk dengan Iman pun apa lagi, yabedabedu laaa.

Bila dah kompom dan jumpa yang berkenan, dia hulur RM.. suruh tambah lagi RM199.. Iman kata, okeylah tu bonda, baru 199, huwa huwa huwa. 


Persediaan menyambut peti sejuk baru... masa ni peti sejuk lama dah pindah belakang (yard). Mampuihlah... dua biji peti sejuk dua pintu kat belakang tu. Satu Sk on, yang satu lagi, nak korbankan jugak.. terpaksalah. Walaupun masih berfungsi dengan baik tapi tray semua dah pecah, macam Sk cerita dalam episod lepas, kena keluarkan barang satu-satu setiap kali nak ambil sesuatu.

Abaikan ajelah apa yang berselerak tu ya, hahaha.


Kami beli dari Lion Mas, Taman Ungku Tun Aminah. Janjinya nak hantar pukul 8 malam, tetiba pukul 4.30 diorang telefon beritahu nak hantar. Nasib baiklah Sk dah clear tempat tu dari pagi, kan. Tapi.. tapi...

.
.
.
Pekerja Lion Mas yang hantar ni tak yakin tengok saiz pintu rumah. Pintu rumah Sk standard size dan tak pernah tukar. Banyak jer rumah yang dah tukar dengan pintu besar tapi rumah kami memang tak pernah diubahsuai, malah lantai di carporch pun masih simen asal, bak kata Pak Inche, bukan kita nak tidur luar, huwa huwa huwa.

Sk dah nak menangis tapi kutahan juga. Call Pak Inche, dia kata, usahakan ajelah untuk masuk, calar pun calar la. Giler ke apo???


Staf yang hantar ni seorang bangladesh (yang fasih berbahasa melayu dah macam orang India Malaysia pun ada), seorang lagi melayu. SK bagi tape ukur, dia ukur peti sejuk dengan pintu tu, ada beza lebih kurang 2 cm jer lebih besar pintu dari peti sejuk tu. Yang bangla tu bagi cadangan untuk buka skru grill pintu. Yang melayu pulak bagi cadangan buka pintu peti sejuk.  Lepas tu mereka berdua dok berbincang la macam mana nak lepaskan peti sejuk tu tanpa kena pintu. Kalau kena, mesti calar punya. Kebetulan Sk di luar pintu rumah, Iman kat dalam. Jadi mereka pesan supaya Iman dan Sk jaga kedudukan peti sejuk jangan rapat dengan pintu dalam masa mereka cuba loloskan peti sejuk tu.

*Grill pintu Sk tu ada jaring nak mengelakkan kucing lari keluar. Siapa bela kucing tu fahamlah, hahaha.


Ngeri gila kan. Rasa tak bernafas masa ni. Bukan tak pernah fikir nak tukar pintu besar tapi memikiokan prosesnya nanti, nak kena pecah dinding dan alih barang-barang, memang kami jenis tak suka nak melalui benda-benda macam ni. Tulah sebabnya, rumah kami ni tak pernah buat apa dari depan sampai belakang kecuali pasang kabinet dapur.

Ni sepanjang nak lepaskan pintu ni memang tak henti doa supaya dipermudahkan.Yang pekerja dua orang ni memang kami respek giler la.. macam mana mereka handle peti ais tu. Kalau staf HN yang hantar mesin basuh tu, confirm dia akan cakap, sorrylah kak, akak masukkan sendiri la peti sejuk ni, kami tinggalkan kat luar, huhuhuhu.


Alhamdulillah... berjaya melepasi pintu tanpa menyentuh bingkai grill pintu. Terharu sangat masa ni. Perasaannya kan, macam kita panjat gunung dan dah sampai ke puncaknya, gituuuuuu. Haaa.. siapa selalu hiking tu tahulah kan camno, hahahaha. Sebenarnya kan, masa tengok peti sejuk ni kat kedai, kami nampak macam nipis aje badan dia. Salesman tu pun tak pulak tanya, pintu rumah kami saiz besar ke standard. Mesti dia nampak kami macam orang have-have gitu, kahhhhhh. Padahal, nan hado.


Dahpun diletakkan di tempatnya. Lebih lebar dari kabinet dapur, hahahaha. Tapi, puas mata memandang, luas nak letak barang, nasib tak calar kena pintu 😥
Salute giler dengan staf Lion Mas TUTA yang hantar barang ni. Pak Inche kata, tulah, nak lagi peti sejuk beso-beso. Eh, haruslah.. SK memang demand, kalau nak beli peti ais dua pintu atas bawah, Sk tak nak. Nak yang pintu sebelah menyebelah, frozen sebelah, chiller sebelah, hehehe. Lepas tu jumpa Peti Ais Hisense yang agak murah sikit, pun Sk tak nak, sebab macam rupa almari pakaian, heheheh. Ada jugak tengok brand Sharp yang empat pintu, pun tak nak, sebab bahagian sejuk beku di bawah, tua-tua ni dah tak larat menyangkung cari harta karun nak masak, heheh. Masa jumpa Model LG 680L Fridge Side By Side Inverter Refrigerator ni terus jatuh cinta, handsome nak mampuihhhh, haha. Walaupun tak boleh keluar ais dan air dari pintu, atau ketuk-ketuk pintu nampak barang kat dalam pun tak apo.. ni kira peti sejuk side by side yang paling basic la.. syukurrr.. akhirnya...  

Jom berkemas pulak!

 

Post a Comment

18Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hahahadoiii nak gelak baca kisah peti ais SK...
    sebab kita pun br beli baru...
    yg lama tu saiz nya kecik je pun.. tetiba ada hati nak beli yg besar sket..
    Masa beli tu mmg budget ukur kelebaran nya ngam2 tmpt nk letak fridge tu...
    Ya allah berdebo masa fridge smp sbb tgk mcm besar plak dari ruang yg ada..
    dalam hati dah terkumat kamit doa minta2 la muat... alhamdulilah just nice je terletak fridge baru ...mmg ngam2 xde ruang ... hahha nasib2... sangat hepi dah ada yg baru kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... ni mengingatkan kita pd cerita seller kat HN, ada datuk tu beli fridge, sampai rumah tak muat dengan ukuran kabinet dia. terpaksa bawa keluar rumah semula dan dia tukar dengan fridge lain yg kurang sikit ukurannya. Tulah, patutnya nak beli apa2 kena ukur tapi dah beli seploh tahun sekali mana nak fikir, kan.. hahaha

      Delete
    2. hahahhaa kaannnnn!!! nasib la sempurna juga akhir nya :D

      Delete
  2. berat mata memandang berat lagi bau memikulnya kan buk., hehehe

    ps. bangla yg petah melayu tu leh pantun ke mcm karamsinghwalia., ;p

    ReplyDelete
  3. Abe kie beli chest freezer utk letak brg2 sejuk beku. Peti sedia ada tu dua pintu gak dgn freezer d bwh. Skrg senang la sbb frozen items diletakkan d dlm chest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak terlintas nak beli chest freezer tu Abe Kie, tapi fikir2 tak handsome, lalu dibatalkan, hahaha

      Delete
  4. mencabar jugak ye kak nk jadikan peti ais ni jd salah sorg ahli baru keluarga akak... hehehe... nasib baiklah xde calar balar... kalo x mmg badmood jugak tu bila memikirkan barang baru tp dh calar balar

    ReplyDelete
  5. Waaa peti aias beru laaa.. besauu puashati..
    Kita teringin gak nak tukar baru, tapi yang ado ni dah soploh tahun tak rosak plak hahahahaha.. jangan lee rosak, haruuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi baru ni suami dah belikan freezer, so legaa boleh asing ikan dan bahan sejuk beku hehehehe..

      Delete
    2. chest freezer tu memang puas nyimpan barang kan, tapi makan ruang jugak nak letak mana dalam rumah sekangkang kucing ni, hahahaha

      Delete
    3. beli yg latest teknologi boleh simpan makanan tu lama tpi still rasa fresh tak silap panasonic baru

      Delete
  6. saya cari peti ais baru tpi nk yg latest technologi ada sesiapa boleh rekemenkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panasonic prime+ tu teknologi paling latest la invest la utk makanan tahan lama dan khasiat yg tahan lama

      Delete
  7. cuba cari peti ais panasonic prime+ tu mmg best utk buat makanan tahan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada prime fresh dan prime freeze so kalau nk simpan makanan basah mmg tahan lama dan rasa tak bertukar

      Delete
  8. Saya dah serik beli peti ais pintu side by side..cepat rosak dan nak baiki susah..jarang ada pomen yg pandai..boleh baiki pun bertahan seketika saja..akhirnya terpaksa beli peti sejuk pintu atas bawah😟

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!