IKAN TINGGAL KEPALA DI RESTORAN SENOKO

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum... 

IMAN kata dah penat cuci pinggan, boleh tak kita makan kat luar?

Ya.. bonda pun dah penat masak, adeh!


Rindu nak makan di Senoko. Masa PKP lepas, Pak Inche ada tapau makanan dari Senoko tapi rupa-rupanya kalau makan di rumah macam tak berapa nak sedap, huhuhu. Jadi, malam tadi, kami ke Senoko setelah sekian lama. Adik Senoko tu pun terus jer datang ambil pesanan. Seperti biasa, inilah lauk favourite kami.. Udang Sambal, Sotong Tepung, Telur Dadar dan Baby Kailan (belum sampai ke meja masa Sk ambil gambar ni). Tetiba ada Ayam Paprik.. Iman order, huhu.


Tomyam Seafood wajiblah dipesan juga. Kali ni pesan semangkuk untuk makan dan sebungkus lagi ditapau untuk lauk makan tengahari Iman hari ini. Seperti selalu, sedap sangat rasanya makan malam tadi, hahaha. Pinggan pun semua baru tau.. putih suci semuanya.


Siakap Masak Pedas. Tak pedas sangat tapi sedap. Sk paling suka ratah bawang dan cili padi dalam sos ikan ni. Agaknya ikan kali ni tak sebesar selalu, rasa macam tak cukup. Sampai tulang-tulang semua dipepah sungguh-sungguh tiga beranak. Kalau orang lain tengok mesti heran. Kucing pun nangis agaknya tak dapat bahagian. Habis makan, tengok betul-betul kepala yang tinggal sebab tak ada siapa nak makan kepala.. agaknya kalau tak, jangankan kepala, tengkorak pun tak ada, ahahahahahahahahaha.


Selingan... parcel baru sampai.. tak sabarrrrr nak unboxing... erkkkk!



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahh minyak masak leh buat kenduri satu kampung ni mak.. 😅

    ReplyDelete
  2. Betul, selelunya kalau ditapau rasa kurang sedap banding dgn makan di kedai, utk sesetengah kes-lah. Feel tu lain hihi...

    ReplyDelete
  3. Pebret kita siakap goreng tu!!
    Memang mengeliurkan...
    nasib la bkn bln pose lagi hahaha

    psstt... beli apa tu :p

    ReplyDelete
  4. Alahai....sedap betul tgok makanan ni semua...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!