18 PUASA BERBUKA DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SELEPAS berkahwin (dengan siapa lagi?), Sk sering mengikut Pak Inche bertugas di luar kawasan sekiranya ia jatuh pada cuti hujung minggu. Antara yang paling Sk ingat, tempat yang Sk akan ikut setiap tahun adalah Golden Beach Resort Desaru yang merupakan tuan rumah bagi acara Triathlon iaitu acara berbasikal, berlari dan berenang. Tak silap Sk, sukan ni dibuat sama ada secara berganti-ganti atau orang yang sama. Triathlon kini tidak lagi diadakan di Desaru malah Golden Beach Resort tu pun dah tinggal hutan belukau, hahaha.

Justeru, bila mendengar tentang Anantara, Sk tercari-cari di mana kedudukan resort yang dikatakan berstatus kayangan ini. Rasanya tapak lama Golden Beach Resort tu masih hutan belukar walaupun pernah dulu dengar ura-ura akan dibangunkan resort baru di tapak yang sama. Lepas tu baru perasan Anantara ni merupakan resort di bawah Desaru Coast yang tentulah terletak berdekatan dengan Hard Rock Hotel Desaru Coast dan The Westin.


Dan.. selepas menjejakkan kaki di Anantara DCRV ni, rasanya kita dah tak perlu ke Langkawi dah.. sebab di Desaru pun dah ada tempat secantik resort-resort mewah di sana.


Jemputan berbuka puasa di Tumeric Restaurant, Anantara DCRV.  Sebagai seorang pengumpul pinggan mangkuk viral yang dah pencen, Sk jatuh cinta dengan set pinggan mangkuk di sini yang lain dari biasa. Bukan saja pinggan cantik, makanan pun sedap dengan tema Selera Malaysia. Rugi oh siapa yang tak ambil ketam tu.


Roti John nampak simple tapi sedap. Sk ambil juga rojak buah dan gado-gado. Sambil makan, sambil berkenalan dengan kawan-kawan baru yang duduk semeja. Seorang orang Aloq Setaq, sorang lagi orang Ganu. Masing-masing akan beraya di Johor buat pertama kali.


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Pak Inche
Happy birthday to you...

Lepas berbuka, celebrate hari jadi Pak Inche. Ini bukan plan Sk tapi plan dari pengurusan Desaru Coast. Tapi, Iman kata, nak jugak kek dari SR, hahaha.. 


Kawan baru... yang baju merah tu, orang Ganu.. yang baju kuning orang Kedah. Kedua-duanya pangkat adik-adik, isteri kepada dua lagi wakil Media Extream. Baju kuning tu pengantin baru lagi. Ops, yang sebelah kiri Sk tu bapaknya tak kasi kahwin, kahhhhhh!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ingatkan 18 Puasa di Kampung Pisang tadi haha...

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah Pak Inche.
    Terliur la pulak PC tengok rojak buah tu.

    ReplyDelete
  3. happy birthday Pak Inche...
    Suami saya pun birthdaynya hari ni...

    ReplyDelete
  4. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday Pak inche.

    Yang baju gold & grey tu mana adik mana kakak🤣

    ReplyDelete
  6. hahahha yang belah kiri SK tu tunggu pak inche bagi green light dulu tau!

    ReplyDelete
  7. Happy belated bday Pak Inche...yang belah kiri tu enjoy la dulu..panjang lagi masa depan kan...kumpul duit banyak2 dulu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!