FROM IBUKITA WITH LOVE YANG SANGAT SEDAP DAN BERBALOI DI HARI JADI ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...

MACAM tahu-tahu saja yang kita ni tengah cari makanan untuk parti-parti sempena hari jadi Angah apabila bos Warung Santan & Sambal hantar tiga menu terkini yang ditawarkan di restoran beliau. From Ibukita With Love, katanya..  WS&S menawarkan set hidangan yang boleh dikongsi tiga hingga empat orang. Teruslah Sk pesan ketiga-tiga menu sebab untuk memasak sendiri tu memang dah tak larat la. Kalau setakat spaghetti bolognese tu sanggup jugak sebab guna bahan-bahan segera aje, hihi.


Ibukita Seafood Box
Set ini mengandungi 3 nasi putih, seekor siakap, ikan bawal putih, udang harimau, sotong, bamboo lala, lala, jagung, carrot dan brokoli.. ni ala-ala shell out. Sosnya tu sedap yakmattt! Kalau malam-malam rasa nak makan seafood, bolehlah order Seafood Box ni.



Ibukita Homecooked Box
Ni rekomen untuk siapa yang malas masak untuk makan tengahari. Memang sangat berbaloi la.. ada Ayam Masak Lomak Cili Api, Ikan Bawal Sambal Gulai, Buncis Goreng, Keropok, Sambal Belacan dan Telur Dadar dengan tiga nasi putih.


Kalau yang anak-anak jenis tak suka makan nasi tu, boleh pesan set Fusion Box ni. Setiap kotak mengandungi Nasi Goreng Pataya, Buttermilk Chicken, Fish & Chips, Meatball, Cheesy Fries, French Toast, Roti John dan Salad. 


Semua happy tengok makanan sedap-sedap dan pelbagai variasi. Kreatif kan chef Warung Santan & Sambal ni. Ni pun Sk dah cakap dengan Iman, nanti kita order makan dengan babah pulak 🤭


Selagi PKP tak habis, selagi tu la makan-makan tak cukup korum. Tak apalah, untuk kebaikan bersama semua insan di muka bumi ni kan. Semalam pun kat Giant rasa sunyi sepi dunia macam. Dengan kiosk-kiosk dalam tu diserkup dengan kain hitam, seram pun ado tau.


Sk dan Angah ni umur jarak setahun aje. Dulu selalu kena marah sebab Sk tak baca buku sekolah sendiri tapi baca buku Angah. Masa Sk sekolah tadika, Sk akan baca buku Angah yang darjah 1, masa Sk darjah 1, Sk baca pulak buku darjah 2 Angah. Sampailah tahun-tahun seterusnya.. memang taklah Sk baca buku sendiri sebab tahun lepas dah baca siap-siap 😋

Cuma.. bila Angah dah masuk asrama semasa di Tingkatan 4, masa tu tak dapat la lagi nak baca buku-buku sekolah Angah sebab dia dah tak duduk rumah 😂 sampailah Angah sambung belajar di POLISAS, Kuantan. Oh, ya.. bukan Angah saja, buku-buku Along pun Sk suka baca juga, hihi. Dan dorang suka suruh Sk tolong lukiskan peta. Jadi, selalulah Sk tolong siapkan homework dorang sebab Sk memang suka bab melukis dan mengaler-ngaler ni 😆😆


Oh.. lupa nak beritahu, tiap tahun Angah akan raikan hari jadi bersama anaknya Izzat. Tarikh lahir Izzat lat dua hari jer dengan tarikh lahir ibunya jadi buat ajelh sekali arung, senang 😜

Kepada Angah dan Izzat
Selamat hari lahir, semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinn.

Untuk Izzat juga, semoga berjaya dalam mengejar cita-cita dan impianmu. Bonda sayang Izzat selalu 🤩🤩🤩

Kepada penduduk Pulai, sesekali gantung kuali tu, boleh whatsapp terus chef Warung Santan dan Sambal tu tau, memang sangat berpuas hati dengan servis yang tip top!


atau boleh terus ke facebook





Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uish...semua menarik & boleh agak dah memang sedap tu...HB Angsh & Izzat

    ReplyDelete
  2. meriah betul dan nampak menarik jeee.. nasib dah kenyang baru view. haha

    ReplyDelete
  3. celebrate birthday tak semestinya dgn kek kan

    ReplyDelete
  4. meriah tu SK ....!! mmg berbaloi sangat tu kan..
    anyway hepi besday angah :)

    ReplyDelete
  5. meriah sungguhlah menu dalam box tu... Dia boleh anto Pasir Gudang tak..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Best plak nengok box dia laa, ada ke delivery ke PG ekk..
    Rindu nak kumpul gan adik-adik.. adik kita semua lbh jarak 10km, huwaaaaa :((

    ReplyDelete
  7. Selamat hari jadi buat angah dan izzat

    ReplyDelete
  8. Meriah la..berbaloi- baloi meriahnya....selamat hari lahir buat yang menyambut hari lahir...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!