Assalamualaikum...
Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina. Untunglah orang Wilayah Persekutuan, dapat cuti ganti kerana cuti bertindih Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan. Sk pula mengambil cuti sehari sebelum dan sehari selepas, melampau betul, hahahaha.
Pagi ini, bersiaran dari Hotel Seri Malaysia Rompin, Rompin Pahang. Sedap nasi lemak di HSMR ni, rasa macam nak tambah pulak, hahahaha.
Lepas makan Nasi Lemak, ambil Kuey Teow Goreng. Walaupun kosong dan nampak dobo, tapi sedap. Pinggan comot sebab Sk guna pinggan bekas makan nasi lemak tadi. Selain nasi lemak dan kuey teow, cafe turut menghidangkan sosej, kacang panggang, roti bakar dan mee sup sambal kicap.
Nak naik balik bilik, nampak budak mandi kolam. Ramai betul tetamu yang singgah di sini untuk transit macam kami juga bagi melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Sk agak demikian kerana pagi-pagi ramai yang dah daftar keluar. Tapak letak kereta kosong berbanding malam semasa kami sampai.
Sampai di Endau malam semalam, ada sekatan jalanraya. Polis bertugas memeriksa kenderaan satu persatu bukan secara rambang. Ditanyakan destinasi dan tujuan serta datang dari mana. Pak Inche macam biasa la.. pembaris sangat.. hahahaha.
Lepas daftar masuk bilik, terus keluar makan di kedai makan berdekatan. Ikutkan Pak Inche, dia nak makan kat mana tah, yang jaraknya 26 km.. hurmmm.. bolayan la kali ni. Dari JB nak sampai hotel pun dah tersengguk-sengguk. Lagi nak jalan lagi sampai 26 km. Nak balik semula ke hotel tentulah perlu menempuh lagi 26 km.
Nasi Goreng Kampung untuk Sk. Pak Inche makan Nasi Daging Merah. Nasi goreng Sk sejuk, ada bahagian yang panas. Tak digoreng betul-betul. Hurmm.. bolehlah nak alas perut, Sk bukan cerewet sangat asalkan tak masin, okeylah. Pak Inche kata, NDM tak sedap. Dia jamah NG, sejuk. Mulalah dia nak membebel. Sk cakap, kalau pergi tempat yang lagi 26 km tu pun belum tentu lagi sedap 😂
Lama.. baru Nasi Goreng Tomyam Iman sampai ke meja. Nampak istimewa nasi goreng Iman. Makan jugaklah sampai licin, kami makan jaranglah tak licin, hahahahaha.
Lepas makan balik semula ke hotel. Mandi kemudian masing-masing layan handphone la. Nak tengok cerita Korea, wifi takdok. Bilik kat HSMR ni airnya punyalah selowwww.. tu satu, dia punya bilik air... rasa nak suruh beli pencuci toilet yang viral tu haaaaa.. sakit mata tengok!!
"Jarang tak licin".... Heheheehhe
ReplyDeleteHotel Malaysia sebuah hotel lama kan Kak, so memang kelengkapan bilik dia agak lama, tak up to date.. yang di Johor tu pun sama.. hehehehe
ReplyDeleteBetul macam Sis Lin cakap...Saya pun pernah jgk booking kat KT 1 malam masa bawa mak hantar Cella..Memang nampak la hotel tu lama naw....Tak rasa nak upgred kah mereka...
ReplyDeleteSesekali cuti panjang sikit why not kan. Jauh perjalanan tu, selamat bercuti :)
ReplyDeleteSelaamt bercuti..alahai..hotel plak lama ye...ke xde hotel lain dah sebab fully booked?
ReplyDeleteKway teow goreng bodo tanpa sayur kalau cukup rasa semua akan sedap juga tnp sayur pun .
ReplyDeleteKita kena cuti ganti juga sebab sekolah ambil cuti lebih... maklumlah banyak yang nak sambut CNY.
ReplyDelete