MENGUPI DI THE RUMA KUPI PONTIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

GELAS Pepsi tapi isinya kopi 😍
Sabtu lepas, kami meronggeng sehingga ke Pontian. Sebenarnya, daerah Pontian tidaklah jauh dari rumah SK, kerana rumah SK terletak di antara sempadan daerah Johor Bahru dan Pontian. Sebab tu la, kalau nak cari stok bahan basah, ikan dan sebagainya, kami selalu ke Pontian. Tapi, dekat tak dekat, hampir 50 minit jugaklah.. sebab nak lalu jammed di Pekan Nanas, haha.

Destinasi makan-makan kali ini, The Ruma Kupi Pontian (TRKP)yang terletak di Kampung Rimba Terjun. Rimba Terjun tidak asing bagi Sk kerana ia adalah tempat Sk menghabiskan zaman sekolah rendah. TRKP merupakan rumah lama moden yang sudah dikomersialkan. Lama Moden di sini maksudnya ia bukan rumah papan tapi rumah batu yang mungkin dibina dalam tahun 80-an.


Sk percaya, pemilik restoran ini merupakan peminat barangan lama atau mungkin juga peninggalan dari ibu bapa beliau. Ia kemudian diterjemahkan menjadi tema restoran yang begitu klasik.


Majalah lama. Pagar lama.. macam pagar masjid.


Suratkhabar lama.


Zaman SK remaja, tak jumpa majalah filem tu. 


Sk pernah menjadi penulis di Majalah Citra yang telah diberhentikan penerbitannya di penghujung 90-an.


Orang biasa tak simpan botol-botol ni, kan. Tapi, siapa sangka, botol-botol ini menjadi nostalgia.





Orang yang tak berapa lama.. kucing tu manja sungguh!




Sebenarnya terkilan, masa kami nak buat pesanan, makanan dah wassalam. Biar betul ni, jarum pendek pada jam belum tunjuk pukul 1. Sudahnya kami hanya mengopi dan meroti.


Pishangggggggggg! Tuan kedai kata, esok, datanglah lagi. 
InsyaAllah.

The Ruma Kupi Pontian

63A, Jalan Kukup,
Kampung  Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor

Telefon 010-760 9797

Buka setiap hari kecuali Selasa
8.00 pagi hingga 3.00 petang


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak macam kedai barang antik ni SK, semua khazanah dolu-dolu ada ni...
    Selamat mengopi & meroti-lah :D

    ReplyDelete
  2. Melihat segala aksesori di sini memang mampu mengundang nostalgia masa lalu. Hebat hiasan dalamannya!

    ReplyDelete
  3. Mengimbau kisah dulu-dulu..lagi-lagi bila tengok botol air kaca tu..

    ReplyDelete
  4. Klasik nya kedai makan ni..memang seronok kalau dapat borak-borak kat sini :P

    ReplyDelete
  5. alamakkk. dekat2 kampung kita lah. nnt boleh usha ke sini. kita kat area Kukup. after 3 years tak balik kg nnt ke sini lah. tq share info.

    bab jalan pekan nenas tu sampai la ye jem pekat. kalau raya lagi lah kan.

    ReplyDelete
  6. Macam terlalu lama sangat ni. Tak pernah nampak segala barang lama dalam ruma kupi ni. Tapi menarik jugak letak barangan lama ni. Mengembalikan nostalgia orang dulu dulu. Aduhaiii...sedihnya makanan dah habis. Tak ada rezeki makan tapi ada rezeki minum kupi je lah. Takpe, lain kali singgah awal sikit.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!