MASAK KARI AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

GIGIH masak Kari Ayam yang lengkap dengan kentang dan tomato. Balik kerja sanggup singgah kedai nak beli kentang padahal Sk la manusia paling pemalas nak singgah memana bila balik rumah. Pak Inche tak makan tomato dalam kari tapi dah terlanjur singgah, SK beli la sekali.


Sepanjang pemanduan dok menghafal apa nak beli sebab takut terlupa. Teringat dulu-dulu kalau abah minta ke kedai, kena tulis atas kertas, senarai apa nak beli. Ni tak sempat tulis atau catat dalam note (telefon) kita hafal dalam otak jer.. doklah berzikir, kentang, tomato, timun, cili... kentang, tomato, timun, cili. Oh, mujurlah orang kedai tu letak limau kasturi sebelah cili.


Ayam goreng mestilah ada. Jemu dah makan kat luar, asyik tomyam.. tomyam.. tomyam. Kopi.. kopi.. kopi. Mamak.. mamak.. mamak.  Kalau makan kat rumah selamat sikit, minum ais kosong dalam peti sejuk pun sedap aje. Makan lauk satu dua jenis pun cukup aje. Cuma yang penat, kena kemas, hehehehehe.


Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haaaa tang mengemas tu yang buat sakit ati kalau sorang-sorang di dapur hihihiiii.

    ReplyDelete
  2. Kari SK memang nampak sedap sungguh..hellok pecah minyak..Pandai bini Encik Rizar masak kari...👍

    ReplyDelete
  3. Dah boring makanan kedai, masakan simple kat rumah pun jadi berselera makan. Lagi penat kalau masak tengah cuaca panas. Rasa nak tinggalkan dapur je. huhu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!