CIRI-CIRI MANUSIA YANG BERSYUKUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ


🕌 INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 🕌

📆 TARIKH : 16 REJAB 1443H/ 18 FEBRUARI 2022

📜 TAJUK: CIRI-CIRI MANUSIA YANG BERSYUKUR

FIRMAN Allah SWT di dalam Surah Fathir ayat 30 yang bermaksud: “Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNYA”.

👉 1. Bertaqwa kepada Allah SWT.

👉 2. Sebagai orang yang beriman kita wajib menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaannya yang telah kita perolehi di atas muka bumi ini. 

👉 3.   Manusia yang bersyukur ialah mereka yang menggunakan nikmat yang diberikan dengan memperbanyakkan amalan ibadah kepada Allah SWT.

👉 4.    Manusia yang bersyukur juga mengukur amalan ibadahnya dengan orang yang lebih daripadanya dan akan melihat dunia dengan orang yang lebih rendah daripadanya.

👉 5.   Orang yang bersyukur ialah mereka yang senantiasa mengucapkan kalimah Alhamdulillah apabila memperoleh apa-apa jua nikmat dan sentiasa berterima kasih serta memberi penghargaan kepada manusia yang membantunya.

👉 6.   Orang yang bersyukur juga ialah mereka yang senantiasa merasa cukup dengan nikmat pemberian rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan tidak pernah mengeluh disamping sentiasa merendah diri.

👉 7.    Orang yang bersyukur ialah mereka yang menggunakan nikmat-nikmat Allah SWT ke jalan kebaikan seperti menggunakan nikmat umur untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, menggunakan nikmat harta untuk menolong orang dalam kesusahan dan menggunakan nikmat ilmu untuk mengajar dan membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT.

👉 8.    Rumusannya, masyarakat perlu menjadi hamba yang mensyukuri nikmat Allah dengan melakukan 3 perkara.

-  Bersyukur dengan hati meyakini bahawa semua nikmat adalah pemberian daripada Allah SWT.

-  Bersyukur dengan lisan iaitu memperbanyak ucapan kalimah Alhamdulillah dan sentiasa berdzikir kepada Allah SWT.

-  Bersyukur dengan perbuatan iaitu sentiasa istiqomah dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT.

Waallahua'lam.

Disediakan oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ




Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bagus tajuknya. Mengingatkan manusia untuk lebih bersyukur.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah atas rezeki yang telah Engkau berikan... seadaanya...

    ReplyDelete
  3. Selalu lupa untuk bersyukur.

    ReplyDelete
  4. Moga kita termasuk sebagai salah seorang hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian SK..memang kita perlu sentiasa bersyukur x kira apa pun kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!