MEE MAGGI TUMIS TELUR GEDIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SEJAK dah diwajibkan masuk pejabat setiap hari, dah tak ada lagi masak maggi. Padahal masa berehat  bekerja dari rumah dulu, tekak ni asyik nak makan mee maggi. Apa tidaknya, asal masuk dapur, tarik laci nampak maggi. Sekarang walaupun nampak juga maggi, tak pulak rasa teringin.


Masa bercuti ke Kuantan hari tu, singgah 7E beli maggi dalam mangkuk. Malam-malam.. sejuk-sejuk.. kan sedap makan maggi. Tapi.. maggi rendam air panas, tak sesedap maggi yang ditumis, hihi.


Maggi dalam kuali dengan telur yang masak kuningnya. Makan berdua saja dengan Iman, Pak Inche kita bagi makan nasi ayam (tapau). Nak makan maggi punya pasal, sanggup menolak bila Pak Inche ajak makan di luar. Malasnya kita orang perempuan ni, nak keluar rumah macam-macam nak disarung 😂


Telur Sk kena angkat keluar awal ketika kuningnya masih gedik-gedik. Teringat zaman belajar dulu, selalu singgah makan Mee Bandung di Medan Selera Pasar Borong Taman Kobena, nanti pesan dengan makcik tu, kuning telur nak lembik-lembik. Selalu memang makcik tu la paling menepati selera Sk dan kawan-kawan nak telur separuh masak, hihi.


Puas betullah makan maggi malam ni. Apa tak puasnya, tiga bungkus terus masaknya. Biar cukup, biar kenyang. Padahal cukup aje kalau masak dua, tapi kurang kepuasan, hahahaha.. hahahaha.

Burppp.. Alhamdulillah.



Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahaaaa...betullah tu. Banyak benar nak sarung kalau nak kuar, tapi ok sikit sebab pakai facemask taklah sibuk nak tacap2 bedak.

    ReplyDelete
  2. Kalau keluar pun musim teda lauk, payah... Sedih je keluar tapi xjumpa barang basah

    ReplyDelete
  3. kalau sy kak suka megi telur hancor.. hahaha... sampai kakak iman pun dh ikut tabiat ibu nk megi telur hancor.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Makan maggie memang sedap
    tapi tak boleh selalulah

    ReplyDelete
  5. Seminggu sekali kaua datang padaku..eh....ternyanyi plak...seminggu sekali baru makan...itupun kalau teringin sanagt

    ReplyDelete
  6. tadi baru makan megi asam laksa yang dah expired hujung tahun lepas. belum berkulat kira halal lah

    ReplyDelete
  7. Bila bercuti kena standby maggi cup. Maggi rendam air panas pun dah rasa nikmat time tu. Tapi memang tak terlawan maggi ditumis. Ada telur goyang lagilah takleh lawan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!