BUKAN NASI ORANG KAHWIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...


NAMPAKNYA rasa ralat dan terkilan tak dapat makan Nasi Orang Kahwin di The Ruma Kupi Pontian dah terubat apabila tengahari tadi dapat makan Nasi Beriani dan Ayam Masak Merah serta Acar Nenas yang ditapau dari Kantin Kak Sab.

Walaupun pelajar bercuti, Kantin Kak Sab tetap buka nampaknya kerana Kak Sab perlu menyiapkan beberapa tempahan katering. Kalau ada Nasi Beriani tu, tentulah ada yang memesan menu tersebut. Dapatlah Sk tumpang semulut. Masa nak pilih bahagian ayam tadi, jadi keliru, nak pilih yang mana satu, sebab kecik-kecik, pehanya alahai, macam ayam tak makan, mujurlah cuma RM5 sahaja sebungkus ni.

Sebenarnya, selalu aje pun, ada nasi beriani di kantin, tapi Sk lebih suka makan nasi putih berlauk (nasi campur). Tapi, agaknya hari ni Kak Sab tak banyak tempahan lauk pauk, selalu ada jer asam pedas atau kari, hari ni cuma ada lauk Ayam Masak Merah dan Ayam Goreng Berempah. Tu yang Sk buat keputusan, makan nasi beriani ajelah.

Tengah menyuap tu la teringat Nasi Orang Kahwin tu... haaaa... Terus rasa lega sebab dah tak teringin pulak, hahahaha. Kalau tak, doklah berzikir nak makan nasi orang kahwin. 


Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kesiannya dapat ayam kecik heheheee.... jom Kak Amie tolong zikirkan supaya dapat makan Nasi Orang Kahwin di The Ruma Kupi Pontian.

    ReplyDelete
  2. Ayam sekarang alahai kecil-kecil je potongannya... apa boleh buat, nak maintain harga terpaksa kecilkan saiznya sebab ayam dan bahan-bahan mentah mahal skrg ni :(

    ReplyDelete
  3. Hujung minggu ni jemputan kahwin banyak
    Harap2 adalah juadah menu kambing

    ReplyDelete
  4. hahaha lucu baca ending nya tu, kadang saya pun macam tu

    ReplyDelete
  5. Kadang keinginan nak makan nasi kenduri tu ngalahkan orang mengandung kan...hihihi
    Alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  6. Berangan gak harini nak beli Nasi Beriani Hj Taha kat jiran sini, tunggu Amat jawab okay ke tak... hahahaha kalau okay, dapatlah juga makan nasi orang kawin hehehehe

    ReplyDelete
  7. Hilang kecewa jugak dapat makan nasi beriani, ayam masak merah dan acar nanas. Murah jugak tu RM5 sebekas. Asalkan sedap jadilah. Kita pulak jadi teringin nasi kenduri kahwin.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!