NASI GORENG BANGKOK BUNGKUS, MAKAN SINI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

BILA datang segala mak nenek malas..

Malas masak

Malas nak keluar jauh-jauh

Kami ke Permit Tomyam yang terletak di taman perumahan baru sebelah taman perumahan kami. Walaupun begitu, kami telah lama kenal dengan pemiliknya, Na, Kelantanese yang telah bermastautin di JB sejak puluhan tahun. Masa tu, Na suami isteri membuka restoran Tomyam Ameruskee namanya di pekan Kangkar Pulai. Kangkar Pulai pun belum begitu membangun, orang kata, tempat jin bertendang 😆

Nampak ada papan putih tertulis menu istimewa yang diletak depan pintu masuk kedai. Ada menu, Nasi Goreng Bangkok dan satu lagi nasi goreng negara mana tah, lupa pulak. Ada Pulut Mangga, Keropok Lekor dan beberapa lagi menu istimewa. Sk pesan Pulut Mangga dan Nasi Goreng Bangkok. Pak Inche nak jugak Kerabu Mangga.


Kerabu Mangga sampai dulu. Betul sungguh pembuka selera ni. Mangga muda disagat dengan taburan kacang tanah dan digaul bersama bawang merah yang dimayang, cili padi yang dicincang serta disirami jus limau dan sos ikan. Sedap sangat. Kami makan sambil borak-borak plan Pak Inche nak sewa homestay di kampung masa raya nanti. Hurmmm.. puasa pun belum dah sibuk nak raya.


Pulut Mangga. Mangganya keras, mungkin kena kupas tebal sikit kulitnya tu. Sos santannya ala kadar dan pulutnya macam masak guna periuk nasi aje. Pendek kata, mengecewakan. Panjang kata, lain kali jangan pesan Pulut Mangga lagi.


Iman makan Nasi Goreng Tomyam dan Pak Inche makan Nasi Daging Merah. Mereka makan dengan penuh berselera. Oh, pagi sampai tengahari ni, Iman menghadiri taklimat petugas Pilihanraya Dewan Negeri Johor ke 15 (PRN 15). Iman ni memang suka ya buat benda-benda macam ni sebab dia suka cari pengalaman dan berani menghadapi cabaran. Sk pulak sanggup ambil cuti sebab nak menghantar dia tambah dengan malas tak rajin nak masuk kerja.

Eh, Sk tapau apa tu ya?


Ingatkan Mee Kari Kuah Laksa Yah Kuchai aje yang boleh bungkus, makan sini. Nasi Goreng Bangkok ni pun sama. Kisahnya, siap masak, tukang masak termasukkan nasi gorengnya dalam pek bungkusan ni. Dah siaplah kot letak telur, lauk segala tu, baru perasan. Nak pindah ke pinggan macam leceh pulak agaknya. Nasib baiklah Sk ni bukanlah cerewet sangat orangnya. Bolehlah.. walaupun dah terbungkus, makan situ jer. 

😂






Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. 'Mangga muda disagat dengan taburan kacang tanah dan digaul bersama bawang merah yang dimayang, cili padi yang dicincang serta disirami jus limau dan sos ikan' weh kecur tau tak kak oi

    ReplyDelete
  2. tengok mangga muda tu pun dah kecur liur.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pulut mangga tuu Kak..
    Amat pun dapat gak tawaran untuk jadi petugas tu Kak, tapi kita kenal nauu Amat tu, tak kowser, baik dia duk bilik gaming katanya huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. Tengok kerabu mangga... nampak pulut mangga... rasa nak terbang Hatyai, rasa nak singgah Bangkok!

    ReplyDelete
  5. Tempting tengok kerabu mangga tu. Ratah sorang pun boleh habis. Tak best dapat pulut mangga yang mengecewakan selera. Jangan dibuat macam Yah Kuchai tu. hahaha..haruuu kedai nak buatnya. Bungkus makan sini pun bolehlah kan.

    ReplyDelete
  6. nampak sedap nasi goreng bangkok tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!